Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 26 Ogos 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah (Khamis 26 Ogos 2010)


Khamis 26 ogos jam 7.45 pagi saya melalui jalan Batu kurau menuju ke Sk Gudang untuk program ceramah Nuzul Al-Quran.Setibanya di Pekan Jelai kelihatan banyak orang sedang berkumpul,rupanya kebakaran sekolah Sk Jelai mungkin disebabkan litar pintas.beberapa buah kereta bomba juga ada di sana.Kebakaran berlaku sekitar jam 3 petang dan tidak ada kemalangan jiwa berlaku.

Alhamdulullah di Sk Gudang dapatlah saya bertemu dengan teman seperjuangan saya yang juga seorang penceramah hebat Ustaz Toriq Zainudin. Beliau telah ditukarkan dari sekolah cina ke Sk Gudang.

Jam 10.30 pagi saya berada di Sek Men. Agama Krian (SMKA).Dapat bertemu dengan kenalan lama Ustaz Azhar Bahazan yang pernah mengajar di Sk kamunting.Ceramah di bulan Ramadhan agak memeritkan juga tekak maklumlah biasa ada air ini puasa mana boleh minum.Nasib baiklah saya menggunakan Slide Projektor dalam ceramah kuranglah sikit bercakap. Saya lihat pelajar telah bersiap dengan beg pakaian,rupanya selepas ceramah mereka dibenarkan pulang dan bas pun telah tersedia.

Balik dari tempat kerja,bergegas ke Hospital tak sempat nak tukar pakaian kerana program di sana akan berlangsung jam 6 petang. Ketibaan saya disambut oleh Pengarah hospital Taiping beserta timbalannya dan majlis ini dihadiri oleh doktor-doktor termasuk doktor pelatih.Tempat ceramah dan tempat berbuka dibuat berasingan,agak jauh juga jadi saya minta izin untuk tidak berbuka bersama,terus balik ke rumah kerana selepas solat maghrib saya akan ke Surau Taman kota Wira lebih kurang 14 kilometer dari Taiping.

Perjalanan hidup unpama putaran roda-roda. Sekejap di atas dan sekejap di bawah.Nabi saw mengingatkan dimana sahaja kamu berputar,maka hendaklah kamu bersama-sama dengan putaran Islam..

Inilah diari kehidupan..kita akan terus berjalan dan berjalan. Dan perjalanan ini tentunya akan berdepan dengan mehnah dan tribulasi, maka tabahlah menghadapinya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan