Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 18 Ogos 2010

Gambar Malaikat di Musdhalifah


Gambar ini dirakamkan oleh seorang petugas Tabung Haji yang ditugaskan merakamkan gambar jemaah haji yang menunaikan rukun islam pada disember 2008 (2 tahun lepas.) Masa gambar diambil, tiada sebarang perubahan cuaca atau kerosakan pada kamera. Gambar di ambil di mudzalifah semasa jemaah berhenti untuk berehat seketika dan beribadat. Bila dilihat semula gambar ini, jurukamera baru perasan terdapat “bubble” di dalam gambar berikut. Jika diperhatikan seolah2 terdapat tulisan kalimah Allah swt.. Persoalan didalam gambar ini dirujuk pada ustaz di sana . Ustaz menceritakan kebarangkalian pada waktu itu malaikat turun dari langit.. Tetapi untuk tidak menujukkan wajah sebenar malaikat, ia hanya menunjukkan namanya sahaja. kesimpulannya. …. setiap satu “bubble” itu mewakili satu nama malaikat. Bayangkan lah betapa besarnya kuasa Allah swt……


Mungkin banyak yang melihat video ini, dan saya juga diajukan dengan pelbagai persoalan. Bolehkah malaikat memperlihatkan susuk tubuhnya (kejadiannya dari Nur) Untuk disaksikan oleh manusia. Zaman yang serba canggih ini macam-macam boleh berlaku. percaya atau tidak akan kebenaran video ini , terpulang pada diri masing-masing Bagi saya,saya tidak mempercayainya seratus peratus tetapi bukan gambar atau entiti malaikat yang perlu diperdebatkan yang paling penting ialah kita menjaga keimanan kita. Yakin bahawa malaikat itu adalah makhluk Allah yang taat pada perintah-Nya. Andaikata kita yakin bahawa malaikat sentiasa mengawasi kita 24 jam ,dan mencatat segala amal baik dan jahat kita mana mungkin kita sanggup melakukan dosa dan maksiat

<>

1 ulasan:

  1. Video ni bohong,tengok betul2 kelambu kaabah masa 'malaikat bersayap' tu berada di atas bumbung kaabah.Gambar foto tu kelambu kaabah ada kain warna putih keliling tapi waktu gambar video takde pun

    BalasPadam