Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 10 Ogos 2010

Sepuluh Laluan Dunia ke Akhirat





Pertama : Laluan Menuju ke Kubur

1-Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
2-Hindarkan perasaan irihati (dengki)
3-Jangan terpengaruh dengan Perhiasan duniawi
4-Sucikan qada' hajat dengan istibra

Kedua : Laluan untuk Berjumpa Malaikat Izrail

1-Bersihkan diri dengan bertaubat
2-Gembirakan hati orang mukmin
3-Qada segala ibadah yang tertinggal
4-Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

Ketga : Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir

1-Mengucap dua kalimah syahadah
2-Suka memberi sedekah
3-Berkata benar
4-Bersihkan dan perbaiki hati

Keempat :Laluan untuk Memberatkan Timbangan mizan (di Akhirat)

1- Belajar atau mengajar ilmu yang memberi manafaat
2- Sucikan perkataan dan pakaian
3- Bersyukur dengan yang sedikit
4- Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah

Kelima : Laluan Memantapkan Amalan

1- Jauhkan perkataan yang sia-sia
2- Pendekkan cita-cita dunia
3- Banyakkan puji-pujian kepada Allah
4- Banyakkan sedekah dan akhirat

Keenam : Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim
1- Kasihilah aulia' Allah Taala
2- Berbaktilah kepada kedua ibubapa
3- Berpegang teguh dengan hukum syarak
4- Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

Ketujuh : Laluan Menjauhkan Diri dari azab Neraka

1- Banyakkan membaca al-Quran
2- Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
3- Tinggalkan perkara maksiat
4- Jauhkan segala yang haram

Kelapan : Laluan untuk Memasuki Syurga

1- Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
2- Kasihi orang yang soleh
3- Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
4- Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah

Kesembilan : Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW
1- Kasihilah Nabi-nabi Allah
2- Kasihilah Rasulullah SAW
3- Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
4- Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW

Sepuluh : Laluan untuk Bertemu Allah
1- Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
2- Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
3- Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
4- Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan