Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 19 Ogos 2010

Memburu Harta seperti memburu bayang-bayang yang bergerak


Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu.

Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanya kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, “Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir.” Raja tercengang dan berkata, “Mengapa kamu berkata begitu?” Hukama itu menerangkan, “Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia dicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih.”

Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

Ingatlah teman-temanku,andaikata kita meletakkan dunia di hadapan kita tentunya akhirat akan menjauhi kita. Tetapi sebaliknya apabila akhirat diletakkan di hadapan kita dunia akan mengiringi kita. rezeki kita akan diberkati Allah swt.

Ketika saya berada di Tanah Suci,saya sempat berborak dengan seorang tua yang saya panggil 'Pak Long' dimana bilik kami di Makkah sebelah menyebelah (Nama Hotel dah tak ingat). Saya tanya Pak Long tentang belanja menunaikan haji (Rm.24 ribu -suami isteri)

'Ustaz..Pak long bukan orang senang, Pak Long kerja tahan bubu tangkap ikan semilang di Tanjung Piandang Perak. Pak Long jual dan simpan sikit-sikit...anak-anak kerja kilang je..tak harapla duit depa. Tapi Pak Long pegang cakap Tok Guru, solat jangan tinggal walau dimana berada. Pak long solat walaupun dalam sampan,terpusing-pusing dipukul ombak,Pak Long tengok kat sejadah ada gambar kaabah..Pak Long doa..ya Allah hari ini aku lihat kaabah atas tikar sajadah,aku pohon agar aku dapat menatap kaabah
Baitullah di hadapan mataku sendiri sebelum aku mati." Saya lihat airmata Pak Long menitis. "Ustaz ...hari ni kita semua telah menjadi tetamu Allah, ustaz muda lagi, Pak Long dah 73 tahun badan pun dah tak berapa kuat lagi.."Giliran saya pula menitiskan air mata. dalam hati saya berbisik, Inilah keberkatan rezeki yang Engkau kurniakan Ya Allah.

Fikirkanlah kita memiliki pendapatan tetap melebihi Rm3000+ sebulan tetapi masih rasa tak cukup-cukup,dua tiga minggu dah garu kepala tak gatai,nak bayar bil,hutang kereta,anak sekolah dan sebagainya,simpanan tabung haji pun elek (India)boliau (cina)
khalas(arab) tak dak langsung cakap melayu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan