Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 31 Ogos 2010

Hebatnya Tazkirah...


GAMBAR menunjukkan seorang wanita memegang Al-Quran dan didakwa telah memeluk Islam semasa menghadiri majlis anjuran Muammar Gaddafi di Rom kelmarin-AP

3 Wanita peluk Islam selepas dengar tazkirah

ROME: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi memberi penjelasan mengenai agama Islam dan memberi salinan al-Quran kepada beberapa ratus wanita muda Itali ketika beliau tiba di sini untuk kunjungan keempat dalam tempoh setahun. Ia adalah kali kedua pemimpin Libya itu yang berkunjung bersama pengawal peribadi wanita dan menganggap dirinya pejuang wanita, melancarkan acara seperti itu untuk wanita Itali, yang direkrut oleh sebuah agensi model dan dibayar sejumlah wang untuk menghadirinya. Michela, yang meminta nama keluarganya tidak disiarkan memberitahu berita televisyen Associated Press bahawa tiga peserta kemudian memeluk Islam, kelmarin.

“Beliau mudah mesra dan memberi kami senaskhah al-Quran. Tiga gadis menukar agama Islam ketika acara itu. Ia adalah satu acara indah,” katanya.

Peserta lain, walaupun memperkenal diri mereka sebagai penganut Roman Katolik di negara yang secara meluas beragama Kristian Katolik itu berkata Gaddafi menggesa yang lain menukar agama dan menolak agama Kristian sebagai tidak penting.

Antara 200 dan 500 wanita muda hadir, tiba bersama 10 bas di kediaman duta Libya ketika pesawat Gaddafi mendarat di lapangan terbang Ciampino di sini pada permulaan lawatan dua hari.
Lawatan itu, di tengah hubungan perniagaan pulih antara Libya dan bekas pemerintah jajahannya, turut menandakan ulang tahun kedua perjanjian persahabatan di mana Itali bersetuju membayar Libya AS$5 bilion (RM15.71 bilion) sebagai pampasan untuk penjajahan 30 tahunnya yang berakhir pada 1943.

Apabila Gaddafi berada di Itali pada November lalu untuk satu sidang kemuncak makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beliau melayan 200 wanita muda Itali yang direkrut dan dibayar 50 euro (RM235.6 oleh agensi model yang sama untuk menghadirinya.

Kemudian, beliau juga memberi ceramah mengenai Islam dan menyerahkan naskhah al-Quran.

Kali ini, wanita terbabit tidak menyatakan upah mereka, hanya memberitahu mereka menerima bayaran kecil.

Ketika lawatan pertamanya ke Itali pada Jun 2009, Gaddafi menjemput 700 ahli perniagaan terkenal Itali dan ahli politik wanita untuk mendengar ceramah apabila beliau mengkritik layanan Islam ke atas wanita, namun mencadangkan saudara mara lelaki berhak membuat keputusan membenarkan wanita memandu.

Sebagai sebahagian sambutan ulang tahun perjanjian persahabatan itu, kira-kira 30 kuda Libya tiba di sini untuk mengambil bahagian dalam satu demonstrasi bersama dengan pasukan berkuda Itali semalam.

Gaddafi membuat kunjungan pertama ke Itali Jun lalu, mendakwa wujud era baru hubungan selepas perjanjian persahabatan itu. Namun, kunjungan pertamanya turut disambut dengan demonstrasi menunjukkan bahawa luka penjajahan belum sembuh.

Beliau tiba memakai gambar hitam putih dipinkan pada seragam tenteranya menunjukkan hero Libya yang terkorban akibat penjajahan Itali.

Gaddafi tidak memakai gambar terbabit ketika tiba dan beliau disambut Menteri Luar Itali, Franco Frattini. – AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan