Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 4 Ogos 2010

Hukum Memakan Ulat Sagu




Pelbagai persoalan timbul mengenai hukum memakan ulat sagu ini. Ada yang kata halal, rasionalnya ia mengandungi protein yang tinggi dan tidak berdarah seperti belalang. Ada juga yang kata haram kerana ia menjijikkan. Terfikir sejenak mengenai perkara ini
Dalam mazhab Syafi`i, hukum memakan segala jenis ulat adalah haram!

Yang dikecualikan hanyalah ulat yang wujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang dan ulat yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut tanpa disedari.
Jika ulat-ulat tersebut terlebih dahulu dipisahkan dari buah-buahan, maka hukum memakan ulat tersebut adalah tetap haram! Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.
Menurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-
Bahawasanya telah dinaskan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia."

Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.
Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, baik beli udang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan