Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 6 Ogos 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah (Jumaat 6 Ogos 2010)


Alhamdulillah...aku masih diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Musafir ilmuku di malam yang damai ini ialah di masjid Taman Mewah. Kuliah maghrib dengan kitab tafsir Nurul Ihsan. Sebelum memulakan kuliah aku jadi agak sebak juga bila mengenangkan sahabat akrabku, sdr Ghani imam dan juga pengerusi masjid(baru mendapat taraf masjid) telah kembali bertemu Penciptanya 3 minggu yang lepas. Biasanya dia akan duduk paling dekat dengan ku. Masih terngiang-ngiang di telinga bila kena giliranku mengajar dia sering mengingatiku dalam telefon.
"Ustaz.. jangan lupa,mengajar di surau kami malam ini.." Kini suara itu tak akan kedengaran lagi buat selama-lamanya. Kematiannya pun cukup dimulia Allah. Pulang dari mendengar kuliah ilmu,kenderaan terbabas langgar tembok rumahnya (kalau tak silap)dan menghembuskan nafas terakhir ketika perjalanan ke hospital.Dengar ceritanya serangan jantung atau strok, usia pun masih muda 49 tahun. Masjid Taman Mewah penuh dengan jamaah yang ingin menyembahyangkan jenazahnya. Oleh kerana terlalu ramai dua kali jenazahnya disolatkan. Allahuakbar...inilah habuan orang yang komited dengan Islam
Mudah-mudahan kita juga akan menurut jejaknya - Al-Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan