Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 13 Ogos 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah (Jumaat 13 Ogos 2010)


Malam ni rasa tak ada mood nak menulis blog. mungkin cuaca pun sejuk,hujan masih turun walaupun tak lebat tapi lama turunnya. Idea pun rasanya tak datang-datang. Namun begitu musafir ilmuku masih dapat diteruskan, Malam ini aku berada di pusat Tarbiah Larut Tin.
Melihat pada jadual program tazkirah yang ditunjukkan kepadaku oleh pengerusi Pusat ini,rasanya setiap malam ada sahaja tazkirah dijalankan di sini sepanjang bulan ramadhan dengan ustaz yang berlain. Alhamdulillah budaya cintakan ilmu agama telah mula berkembang terutama di daerah Taiping ini.
Penceramah-penceramah yang datang bukan calang-calang,ada yang datang dari Kuala lumpur,Kedah,Perlis dan beberapa tempat lagi
Aku bersyukur walaupun tidak sehebat penceramah tersohor ini sekurang-kurang aku dapat juga menyampaikan ilmuku sekadar kemampuanku dan mengharapkan agar kelak menjadi amal jariah untuk diriku.Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan