Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 16 Ogos 2010

Hantu... Benarkah Kewujudannya

Saya cuba mengupas topik ini dari sudut perspektif Islam. Banyak kita lihat televesyen memaparkan kisah-kisah hantu. Saya tidak tahu mengapa kisah-kisah hantu sangat diminati oleh generasi hari ini.
Saya memetik pandangan tokoh ilmuan perubatan Islam Darul Shifa' Ustz Harun Din yang juga ulamak terkenal mengenai hantu.Menurut beliau makhluk halus ini pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh manusia seperti yang dijelaskan Allah S.W.T dalam al-Quran, (mafhum) firman-Nya : "Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27) Ayat ini merujuk kepada keadaan kejadian makhluk halus yang tidak dapat dipandang dengan mata kasar manusia sedangkan mereka dengan kabilah mereka (makhluk halus) dapat melihat manusia dengan begitu mudah. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa, makhluk halus daripada istilah yang disebut sama ada syaitan, jin, iblis ataupun ifrit mempunyai rupa paras mereka yang asli, bentuk khusus yang Allah S.W.T jadikan mereka.
Bentuk khusus adalah rupa asli yang tidak dapat dilihat manusia. Namun demikian Allah S.W.T yang mengetahui hikmah kejadian makhluk halus ini, mengizinkan kepada mereka pada keadaan tertentu untuk menjelmakan diri mereka menjadi rupa-rupa yang dikenali manusia.
Lazimnya mereka zahir dalam bentuk ular hitam, anjing hitam, burung, kala jengking dan sebagainya. Berlaku beberapa kejadian sejarah Islam, Allah mengizinkan mereka zahir menyerupai manusia seperti mesyuarat muafakat musyirikan jahilyyah Mekah untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w semasa malam hijratul rasul ke Madinah.
Syaitan menyerupai Sheikh Najiddi. Begitu juga dalam satu peperangan, makhluk halus ini menyerupai Suraqah bin Malik.
Dalam hadis sahih Muslim seorang pemuda telah membunuh seekor ular di zaman peperangan Khandak di Madinah, bila ular mati, pemuda yang membunuh ular juga mati.

Ketika itu Nabi s.a.w mengatakan itu adalah angkara perbuatan jin yang memeluk Islam tetapi berlaku salah faham kerana pemuda itu menyangka itu adalah ular yang sebenar, sedangnya ianya jin, jin bertindak balas, maka pemuda itu meninggal dunia. Secara jelas lembaga berjubah putih di dalam video di bawah mungkin tergolong dalam golongan syaitan yang menyerupai manusia.Kejadian ini berlaku di Km 42 Bukit Tinggi menghala ke Kuantan.


<>

>
VIDEO SEBENAR YG DIAMBIL SECARA TIDAK SENGAJA OLEH PENGAWAL POS POLIS BANTUAN FELDA DI LEPAR HILIR 7,PAHANG...SAKSIKAN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan