Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 6 Ogos 2010

Empat Golongan Yang Dibenci Allah...


1-Penjual Yang suka menipu.
Hakikat hari ini,nak untung cepat,nak cepat kaya mereka sanggub menipu.Ni dekat Ramadhan jual kuih muih di bazar ramadhan,kadang-kadang kuih yang tak laku semalam pun dijual lagi. makan-makan basi. Tak berkat berniaga,hidup pun tak aman dek doa orang yang teraniaya.

2-Orang Miskin Yang Sombong
Dahlah miskin,belagak pula.Saya pernah ada pembantu rumah dari Medan bukan main belagak lagi. Ikan curut(sardin),ikan temenung tak nak makan "kami disana ngak makan ikan segini" Aduhai sakitnya hati. Nak makan ikan bawal,jenahak,kerapu mana tahan sekilo 30 ringgit.

3-Orang Tua Yang Berzina
Uban dah betabur,kulit dah kendur,gigi ada yang gugur masih lagi kaki perempuan. Pantang tengok perempuan dahi licin..hilang mata hitam tinggal mata putih..orang tua miang tak ingat mati kut.

4-Pemimpin Yang Zalim
Jangan zalimi orang yang di bawah. Dia tengok orang yang di bawah kecik macam semut. Dia tak tau orang yang di bawah tengok dia nun di atas bukit kecik juga macam semut. Sekali jatuh ke bawah baru dia tahu rasa sakit.

Mafhum Hadis Riwayat Nasa'e Dari Abi Hurairah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan