Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 9 Ogos 2010

Mbah Marijan...Misteri disebaliknya...

Mungkin nama ini begitu asing bagi kita.Tetapi bagi penduduk Indonesia terutama yang tinggal di Jogjakarta nama Mbah Marijan(maaf jika tersilap sebutan) begitu terkenal bermain dibibir mereka. Lelaki berusia lebih 70han ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Kenapa nama beliau saya paparkan dalam blog saya. Saya hampir-hampir dapat bertemu dengan beliau ketika saya bertandang ke Surakarta dan Jogjakarta.Seorang penduduk tempatan Jogja (Pengayuh beca) bersedia untuk membawa saya sekiranya berkeinginan untuk berjumpa beliau tetapi kena tunggu besok. sayangnya besok rombongan kami akan berangkat balik.

Hari ini saya bertemu dengan pelajar pondok (pasentren)di Jogja yang baru pulang bercuti. Dan dia juga mengajukan persoalan yang sama adakah saya berkesempatan bertemu dengan Mbah Marijem. Menurutnya beratus orang setiap hari datang menziarahi beliau. Dia sendiri sudah bertemu dan mengunjungi rumah beliau di kaki bukit Gunung Merapi

Mbah Marijan adalah seorang yang karomah. Rumahnya hampir dengan Gunung Merapi dan apabila berlaku letusan gunung berapi yang menumpahkan lava dengan kelajuan 150 ke 200 km sejam memusnahkan segala-galanya termasuk nyawa dan harta benda. Namun ulamak karomah ini tetap terselamat setiap kali lava turun dan tak semena-mena lava yang menuju ke rumah beliau akan mengalir ke tempat lain. Beliau amat pantang di ambil gambar, kalau ambil juga tanpa dia sedari tak semena-mena gambar pada wajahnya akan menjadi begitu kabur.

Beliau boleh berbahasa indonesia tetapi gemar berbahasa Jawa kerana menurutnya beliau malas untuk menjawab soalan yang sama terutama tentang kelebihannya lebih-lebih lagi dari wartawan dan orang luar. Justeru beliau lebih suka mendiamkan diri seolah-olah tidak tahu berbahasa melayu indonesia tetapi akan bercakap pada orang-orang yang tertentu sahaja Segala sedekah dan sumbangan dari orang ramai yang datang berkunjung tidak digunakan untk kepentingan diri tetapi diberikan kepada penduduk yang berhampiran dengan rumah beliau.

Mbah Marijan mungkinkah beliau seorang wali Allah pada abad ini...? hanya Allah yang Maha mengetahui

Tiada ulasan:

Catat Ulasan