Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 14 Ogos 2010

Peringatan untuk anak-anakku

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu. Si ibu segera menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai Rm1.00
Tolong jaga adik Rm2.00
Tolong buang sampah Rm1.00
Tolong kemas bilik Rm2.00
Tolong siram bunga Rm1.00
Tolong sapu sampah Rm3.00

Jumlah : Rm10.00 (sepuluh ringgit sahaja)

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - Percuma
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan
oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya
Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar
malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.
>>
><

Tiada ulasan:

Catat Ulasan