Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 14 Mac 2012

Adakah roh beliau mendengar akan ceramahku???

Masih ku ingat beberapa minggu yang lepas. Imam Surau Toh Paduka beria-ia sangat nak jemput aku bagi ceramah kat surau dia. Berbagai alasan aku bagi menyatakan aku ada kuliah di tempat lain namun ia tetap berkeras juga. "Saya nak ustaz datang jugak ini hasrat saya ustaz...lepas isya pun tak pa." Wajahnya penuh mengharap. Aku tak mampu nak menolaknya lantas aku mengiakan saja.

Takdir Allah aku dengar berita minggu lepas beliau telah kembali kerahmatullah secara tiba-tiba tanpa sebarang penyakit. Semalam aku dihubungi oleh wakil surau supaya aku datang jugak untuk beri ceramah sebagai memenuhi hasrat terakhir beliau. sebak juga hati melihat begitu ramai yang menunggu kedatanganku meskipun program dijalankan selepas Isya'

Di Surau Al-Munawarah Bukit Jana ketika kuliah Maghrib awal-awal lagi aku bagi tahu masuk waktu Isya' aku akan terus ke Batu Kurau lebih kurang 30 meter jaraknya dan tak dapat untuk solat isya berjamaah dan makan jamuan yg disediakan kerana tak sanggup membiarkan mereka menunggu lama.

Alhamdulillah aku telah sampai tepat pada masanya dan apa yang lebih penting hasrat Allahyarm Imam Roseli Abas telah ku penuhi. Mungkinkah malam itu ruh Roseli Abas juga hadir mendengar ceramahku...wallahuaklam.

Aku difahamkan derma pada arwah mencecah hampi 10 ribu memandangan beliau seorang yang sangat komited dengan Islam dan banyak melakukan kebajikan sebagai tok mudim dan pernah menjadi jurulati seni silat gayung Pattani pada anak-anak muda setempat. Moga Allah mencucuri rahmat atas roh beliau ...amiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan