Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 3 Mac 2012

Kesian jugak aku tengok pekerja yang berpendapatan rendah. Bila akta gaji minima nak dilaksanakan nie?

Semua orang mengeluh. Pakat geleng kepala...pasai apa? Gaji tak cukup nak tampung kehidupan. Isteri resah suami pun resah. Pasai apa isteri resah? Mana tak resah...belanja dapur kerap terputus. Dulu menikah awai, habih SPM orang dah masuk minang. Suami kerja biasa jee..tak sangka pulak kos hidup sekarang terlalu tinggi. Nak mintak kerja untuk bantu suami pun bukan senang nak dapat...apatah lagi anak dok berderet sapa nak jaga. Dua tiga hari dok tengok suami macam tikus tertelan ubat gegat...mata dok lip pok..lip pok sembang pun tak berapa mau... resah semacam jee? he..he...he.

Pasai apa suami resah? Mana tak resah...lampin anak nak kena beli...susu anak baru habis. Bini pulak mintak beli periuk Tefal baru.."

Tapi suami kerja kilang. Gaji seciput. Nak banyak kena buat over time(ot). Balik rumah macam ZOMBIE . Tak berapa mampu la bagi semua sekali. Hati sakit sebab terasa seolah-olah tak dapat menyenangkan ahli kelurga sendiri

Kemudian tu..nak senangkan hati siisteri janjilah dengan bini. " Ayang...nanti bila kerajaan dah laksanakan akta gaji minima, abang bukan setakat belikan ayang peruk Tefal yang lebih mahal dari itupun insyaallah abang belikan. Binipun sengeh persis kerang busuk timbui ataih selut. harapan jadi berbunga. Tunggu punya tunggu-tunggu...

Akta gaji minima tak jalan-jalan
Punyalah lama dalam pemerhatian
Lynas punya kilang dah siap kajian
Sekelip mata dan buleh run..
Hampeeh....betoi!!

Akta gaji minima adalah satu akta yg sepetutnya sudahpun dilaksanakan oleh negara kita. Tapi negara kita ambik gaji lantai Rm 1500. Tak betul tu, sebab loophole tu masih ada untuk majikan perah pekerja. Akta gaji minima perlu ikut rate per hour (kerja ikut jam)

Pernahkah anda bekerja lebih drpd 48 jam dalam seminggu tanpa sebarang bayaran? Pernahkah anda bekerja lebih 10 jam sehari tanpa sebarang imbuhan?

Tahukah anda, anda akan dibayar untuk lebihan jam itu..Jika akta gaji minima dilaksanakan?
Tahukah anda, sepatutnya anda tidak boleh dipaksa bekerja lebih masa secara percuma jika akta gaji minima dilaksanakan. Berapa lama lagi kerajaan perlu melaksanakan akta gaji minima yang menolong rakyat berpendapatan rendah? Kenapa dalam bab-bab macam ni...pelbagai kajian dan perbincangan atau diskusi meja bulat mesti dilakukan yang selalunya akan ambik masa terlalu lama?

Bukan aku nak menyebok...tapi aku kesian kat depa... Depa tuu saudara-saudara aku jugak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan