Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 7 Mac 2012

Awas...Guru Sufi palsu...sesat dalam kerohanian.

1-Hululiyyah
Golongan ini mendakwa halal melihat tubuh dan wajah yg cantik yang boleh menaikkan nafsu tidak kira sama afa anak gadis, janda maunpun isteri orang. Golongan ini gemar berzikir dalam keadaan bercampur aduk diantara lelaki dan perempuan.

2-Haliyyah
Amalan zikir seolah-olah seperti orang kerasukkan, menyanyi,menjerit dan bertepuk tangan.Golongan pengikut amalan kerohanian ini mendakwa guru mereka berada pada maqam yg tersendiri dan tidak terikat dengan peraturan hukum agama

3-Awliya'iyyah
Kononnya mereka ini paling taqarrub dengan Allah dan mendakwa mereka adalah aulia Allah.Justru itu mereka tak perlu bersolat,puasa zakat , haji dan ibadah-ibadah yang lain. Lebih dahsyat lagi mereka mendakwa kedudukan sebagai aulia Allah lebih tinggi dari para ambiya Allah. Para rasul menerima wahyu melalui malaikat Jibril sedangkan mereka mendakwa menerima wahyu terus dari Allah

4-Syamuraniyyah
Mendakwa kalam Allah adalah kekal dan pengikut amalan kerohanian ini akan bebas dari hukum dan syariat agama. Ibadat mereka menggunakan peralatan muzik. Percampuran lelaki perempuan digalakkan, halal haram tolak ke tepi.

5-Hubiyyah
Golongan kerohanian ini mengatakan bila manusia sampai ke peringkat cinta mereka bebas daripada semua kewajipan agama. Mereka tidak memperdulikan tentang pakaian, kadang-kadang mereka bertelanjang tanpa ada perasaan malu

6-Huriyyah
Ini satu lagi ajaran kerohanian sesat. mereka memekik,menari bertepuk tangan. Mereka mudah lupa diri sehingga mendaskwa mereka telah melakukan hubungan jenis dengan bidadari syurga. Selepas tersedar mereka akan mandi junub

7-Mutakasiliyyah
Satu lagi amalan kerohanian sesat dimana golongan ini mengamalkan prinsip bermalas-malas dalam mencari nafkah. Mereka lebih gemar meminta-minta dari rumah ke rumah atas nama agama.

9-Mutajahiliyyah
Berpura-pura jahil dan dengan sengaja berpakaian kurang sopan dan agak keterlaluan. Biasanya prndokong kumpulan kerohanian sesat ini akan berpakaian agak ganjil dari pakaian yang biasa dipakai orang ramai.

10-Ilhamiyyah
Manhaj bagi ajaran keronian sesat ini ialah ilham Tuan Guru. Mereka tidak mahu menuntut ilmu. Mereka dilarang belajar dan berkata Al-Quran adalah hijab bagi mereka. Bahasa mereka agak puitis dan menggemari puisi. bagi mereka apa yang dikatan oleh Tuan Guru mereka adalah satu sabda yang mesti dituruti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan