Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 29 Mac 2012

Imam baling kasut telah mengislamkan dua saudara baru di dalam penjara.

NONE
Aku kagum jugak dengan imam ini meskipun mungkin ada yang tak bersetuju dengan kebiadapan imam ini membaling kasut pada hakim. Mungkin dek kerana perasaan terlalu marah dengan keputusan hakim yang tidak berlaku adil menyebabkan imam ini mengambil tindakkan sedemikian rupa.

Beliau telah dijatuhkan hukuman selama setahun di atas kes menghina mahkamah namun tanggungjawab imam Hoslan Hussain dalam menyampaikan seruan dakwah tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Malah beliau dikatakan telah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama di dalam penjara

Isterinya, Noorliza Mohd Isa sendiri mengesahkan bahawa suaminya turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjamaah disamping mengajar fardhu ain. Tegasnya, alhamdulillah suaminya telah dapat mengislamkan dua saudara baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan