Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 4 Jun 2011

Susah sangatkah nak kawal nafsu amarah...?

Dunia sudah berubah. kalau dulu anak-anak begitu lasak. Setakat dipukul dipalu perkara biasa. Naik turun bukit, berenang di sungai satu lumrah bagi kehidupan anak desa. Namun kini anak-anak banyak yang mengadap komputer, main game berfacebook dan sebagainya. Mereka tak boleh lasak. Gemar makan makanan ringan,keropok dan minuman bergas. Ini faktor penyebab anak-anak kini tak boleh lasak tak boleh dipukul kuat kerana boleh membawa kecederaan serius. Kisah yang dipaparkan di bawah ini mungkin boleh jadi iktibar untuk semua.

Seorang ibu tunggal yang miskin Siu Lan mempunyai anak berumur 7 tahun bernama Lie Mei. Kemiskinan membuat Lie Mei perlu membantu ibunya menjual kuih dipasar.Kerana miskin Lie Mei tidak pernah meminta-minta dan bermanja-manja dengan ibunya.

Musim sejuk di negara China boleh melepasi taraf beku. Ketika saya berada di China ketika itu baru memasuki musim luruh namun di bawah kaki Tembok Besar China saya dapati kesejukan masih terasa hingga ke tulang sum-sum, cuaca ketika itu mencecah 0.4 celcius

Pada satu musim sejuk,semasa baru siap membuat kuih, Siu Lan melihat bakul kuihnya sudah rosak dan Siu Lan berpesan kepada Lie Mei supaya menunggu dirumah kerana dia mahu membeli bakul baru.

Semasa pulang Siu Lan tidak menemui Lie Mei di rumah.

Siu Lan sangat marah. Anak perempuannya itu benar-benar tidak tahu diri, hidup susah tapi masih juga pergi main-main, padahal sudah dipesan agar menunggu sahaja di rumah.

Akhirnya Siu Lan pergi sendiri menjual kuih dan sebagai hukuman pintu rumahnya dikunci dari luar agar Lie Mei tidak dapat masuk. Anak perempuannya itu mesti diberi pelajaran, fikirnya geram.

Pulang dari jual kuih, Siu Lan menemui Lie Mei, gadis kecil itu terbaring di depan pintu. Siu Lan berlari memeluk Lie Mei yang membeku dan sudah tidak bernyawa.

Jeritan Siu Lan memecah kebekuan salji masa itu. Dia menangis meraung-raung, tetapi Lie Mei tetap tidak bergerak.

Dengan segera Siu Lan memdokong Lie Mei masuk kerumah. Siu Lan menggoncang-goncang tubuh beku gadis kecilnya sambil meneriakkan nama Lie Mei.

Tiba-tiba sebuah bungkusan kecil jatuh dari tangan Lie Mei. Siu Lan mengambil bungkusan kecil itu dan membuka isinya.

Isinya ialah sebuah biskut kecil yg dibungkus kertas usang dan tulisan kecil yang ada dikertas adalah tulisan Lie Mei yang comot tetapi dapat dibaca.

“Mama pasti lupa, ini hari istimewa bagi mama, aku membelikan biskut kecil ini untuk hadiah buat mama tersayang , duitku tidak cukup untuk membeli biskut yang besar… Mama selamat ulang tahun”. Dari anakmu yang amat mengasihimu.

KISAH NYATA ini dimuat di harian* Xia Wen Pao-Cina, thn 2007.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan