Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 10 Jun 2011

Bayi Tiruan pulak dahh...

Dulu riuh pasal telur tiruan, daging tiruan. Sekarang ni timbul pulak pasal bayi tiruan. Hebat nya manusia zaman sekarang.

Seorang bekas pereka grafik yang sekarang menjadi pereka anak patung di England, Nikki Hunn, mencipta anak patung yang amat mirip sengan bayi sebenar. Anak patung bayi itu dibuat untuk menghibur hati para ibu yang kehilangan bayi.

Anak patung yang dinamakan “reborn babies” ini dibuat semirip mungkin dengan bayi yang sebenar. Kelembutan plastiknya hampir tidak ada bezanya dengan kulit bayi. Begitu juga dengan warna kulit dan matanya. Jarinya juga dilengkapi kuku dan kepalanya memiliki rambut tipis seperti bayi. Yang paling unik, anak patung ini boleh mengeluarkan air liur

Anak patung ini itu tidak dibuat dengan jumlah yang banyak. Pembeli harus memesannya terlebih dulu dan boleh membawa foto bayi yang mereka inginkan. Kerena itu harganya cukup mahal, iaitu 300 dollar AS atau lebih RM 800.

Selain para pengumpul anak patung, pembelinya ialah para ibu yang kehilangan bayinya meninggal. Seperti Eve Hasty, wanita Amerika berusia 57 tahun, yang puterinya meninggal kerana leukemia pada usia tujuh tahun.

Hasty menamakan anak patungnya “Abby” dan meletaknya di dalam buaian seperti bayinya yang sebenar. “Abby mengingatkan saya pada anak saya ketika masih bayi,” katanya.

Bagi Hasty, Abby bukan sekadar anak patung. “Saya tahu dia tidak akan sakit dan tidak akan mati. Saya tidak akan merasa tertekan lagi,” kata ibu kepada seorang anak lelaki yang memberinya cucu perempuan berusia lapan tahun.
Ada juga wanita yang memesan anak patung itu kerana ingin memiliki anak tetapi tidak mempunyai waktu untuk menjaganya. Alasan mereka, anak patung ini tidak bertambah besar sehingga tidak perlu sering membeli baju.

Anak patung ini amat serupa dengan bayi sebenar, sehingga ramai orang menyangkanya ialah bayi sebenar. Dalam beberapa kejadian di Amerika Syarikat, polis harus memecahkan cermin tingkap kaca kenderaan kerana menyangkakan ada bayi terperangkap atau tertinggal di dalam kereta.


Kredit : DailyMail/indah.com/kelabgreenboc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan