Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 4 Jun 2011

Dua Sakarat Yang Mendukacitakan Rasulullah saw

Alhamdulillah dgn izin Allah selama seminggu blog ini tidak dapat diaktifkan kerana masaalah sistem kini telah dapat dipulihkan, mudah-mudahan tidak ada lagi sebarang gangguan.. Terimakasih kepada semua yang masih setia mengikuti blog ini meskipun tidak ada entri baru yang dapat dimasukkan.

Apabila kita merenung sebab-musabab kenapa hati manusia abad kini menjadi begitu keras membatu sehinggakan mereka tidak takut lagi utk melakukan dosa, dan amat celupar menghina Islam Allah dan Rasul Nya,,,Sebenarnya kalau kita merujuk kepada hadis Rasulullah saw....Rasulullah ada menyatakan bahawa "Sesungguhnya muslim itu akan tetap berada di atas jalan yg benar selagi mana mereka tidak dimabukkan dengan dua perkara iaitu "Sakaratul Jahli" dan "Sakaratul Isyyi" yakni membiarkan diri dalam mabuk dalamkejahilan agama dan mabuk dengan kehidupan dunia. Lalu mereka tidak lagi mahu untuk menyeru manusia kepada jalan Allah,menentang kebatilan dan berjihat serta berkorban di jalannya.

Kita amat sedih pabila seorang suami sanggup menikam bertubi-tubi isterinya yang solehah lantaran membangunkan dan mengejutkannya agar solat subuh.Ada pula yg tak ambil kesah tentang makan minum. Banyak artikel dalam blog maupun facebook yang menyebut mengenai halal haram bersih kotor makanan tetapi banyak juga umat Islam buat tak kisah je..Kadangkala depa soal kita balik "Ehh betul ke...tak percayalah" Makanan haram bila dimakan akan jadi darah daging akibatnya hati jadi keras.

Baru-baru ini saya bertemu lagi dengan satu artikel "daging babi boleh ditukar jadi daging lembu dari segi rupa dan rasanya. Dahsyat....dahsyat.

Orang China ni bukan sahaja pandai membuat pelbagai barang tiruan malah bahan makanan juga termasuk telur dan daging. Yang utama ialah untung, tidak peduli apa kesannya kepada pengguna. Dalam masa 90 minit sahaja, daging babi yang digoreng akan menjadi "sesedap" daging lembu. ... Mahukah anda mencubanya? Sudah tentu tidak.Na'uzubillah...
Macam mana mereka buat? Mereka menggunakan “beef extract” yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan .... terjadilah sesuatu keajaiban dimana daging babi yang dihidang itu telah berubah rasa seenak daging lembu. Mudah kan?

Adakah peniaga di negara kita juga akan mengekspot teknologi ini untuk menjana keuntungan lumayan? Atau lebih mudah mengekspot daging babi tersebut kerana ianya murah di China. Andai kata ia berlaku, amatlah malang bagi kita semua umat Islam yang sedang menghadapi bencana serangan mental, juga bakal diserang dalam bidang bahan permakanan. I
Justeru itulah selagi mana kita masih mengamalkan dasar kapitalis untuk mengaut keuntungan perniagaan, selagi itulah kita akan menjadi mangsa di atas tindakkan rakus para peniaga tamak yang tidak sensitif langsung tentang soal halal haram bagi umat Islam. Kerana itu sistem Islam perlu ditegakkan agar pemimpin Islam boleh bertindak lebih tegas mengawal kemasukkan atau apa juga teknologi makanan haram dari luar.
Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan