Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 13 Jun 2011

Tangan Syaitan...Hang nak menyakat aku noo...

13.Jun 2011 mungkin jadi salah satu nostalgia dalam hidupku. Teman-teman sekerja dah pesan 'Ustaz jangan pergi kat tandas tingkat tiga...tempat tu keras sikit. Entahnya macam mana hati ini tergerak juga untu menyelidiki.

Aku masuk bilik tersebut tanpa ada sebarang perasaan. Rasa biasa saja... nak kata seram pun tidak. Bagiku kewujudan sebarang entiti boleh menyebabkan perubahan suhu, bulu roma akan meremang serta belakang tengkok akan rasa sejuk
(gambar : Perhatikan betul-betul tangan pputih yg terjulur keluar dari bawah meja)
Lebih kurang 2 minit di dalam tak semena-mena pintu dikunci secara tiba- tiba. Memang pelik sangat bagaimana pintu dikunci tanpa menggunakan anak kunci. Aku mencuba beberapa kali memang sah terkunci dan aku telah terperangkap di dalamnya. Dalam hati kalau aku menjerit mintak tolong memang gempar satu tempat kerja...rasa malu la jugak.

Dalam hati terus menyumpah "celaka punya syaitan...dengan aku pun hang nak buat main-main ke?" Saya baca beberapa ayat dan saya hembus keliling..tup..tup bunyi "tak" selak pintu di bawah tombol pintu renggang sikit...alhamdulillah baru boleh buka. Berpeluh juga aku dibuatnya.

Cerita dekat kengkawan, depa pakat gelak kat aku termasuk Ustad Man Mistik dan Cikgu Fuzi Speker Skk. Kalaulah ustaz tak boleh keluar kan best.Terlentang kat dalam tu...boleh panggil bomba pecah pintu, besok pasti keluar dalam paper Sinar Harian edisi Perak dengan tajuk besar "Tertewasnya seorang ustaz atau...Tersungkurnya seorang pendakwah " mesti laku punya paper dengan cerita sensasi macam nie..

Ustad Man Mistik bab-bab macam ni memang hobinya nak siasat. Dengan kemera video dia tangkap beberapa sudut dalam bilik tersebut dan hasilnya ternyata amat jelas kelihatan di dalam tertangkap satu gambar tangan terhulur dengan kuku panjang dari bawah meja.

Aku geleng kepala bila tengok gambar tu...rupanya benda ni yang dok main-main dengan aku...haram jadah betoi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan