Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 28 Jun 2011

Bohong seorang ibu...

Kisah seorang anak...

Kisah bermula ketika usiaku masih kecil. Aku dilahirkan dalam suatu keluarga yang sangat miskin. Sehari aku hanya mampu menjamah nasi sekali sahaja. Aku lihat ibu sering memberikan nasinya kepadaku sambil memindahkan nasinya ke pinggan ku sambil berkata "Makanlah nasi mak ..mak tak lapar.
(Hakikatnya ibu telah berbohong kerana selepas itu aku pernah melihat ibu mengarik kerak nasi untuk dimakan)

Ketika aku mula dewasa. Ibu begitu bersemangat menghabiskan waktu lapangnya dengan memancing puyu,haruan dan keli dengan harapan ikan tersebut boleh memberikan zat protin secukupnya pada tumbesaranku. Ibu memasak sup haruan yang segar. Sewkatu aku memakan sup haruan ibu duduk disamping dan memakan sisa ikan yang aku makan. bila aku hulurkan secubit daging ikan dengan cepat ibu menolaknya dengan berkata 'Makanlah....mak tak berapa suka makan ikan" (Aku ditipu lagi kerana setahuku ibu memang menggemari daging ikan)

Apabila aku masuk ke sekolah rendah, demi membiayai perbelanjaan abang dan kakak ku, ibu sanggup bersusah payah menganyam tikar mengkuang dan jualannya dapatlah menambahkan lagi sedikit pendapatan. Di kedinginan malam aku terbangun dari tidur melihat ibu masih tekun mengayam tikar untuk disiapkan. Aku berkata "Mak tak tidur ke? sekali-sekali terdengar kokokan nyaring ayam jantan menandakan waktu subuh sudah menjelang. Ibu tersenyum dan berkata :“Tak ape...ibu tak rasa penat" (Rasanya ibu tipu lagi kerana disebalik sinaran pelita minyak tanah aku melihat ibu memegang pinggangnya berkali-kali dan acapkali menguap panjang)

Ketika aku ditemuduga untuk ke sekolah asrama penuh , ibu menemaniku untuk memberi semangat kepadaku. Ibu sanggup berpanas menanti aku selesai ditemuduga. Iai ibu begitu tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika temuduga selesai ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata :“Minumlah nak, ibu tidak dahaga!” (Aku kena tipu lagi...)

Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sepatut lebih banyak berehat. Tetapi ibu tidak mau, ia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di bandar sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu bersungguh-sungguh tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata :“Hangpa lebih perlu duit untuk simpanan masa depan...mak masih ada duit. (ibu berbohong lagi)

Setelah lulus dari Universiti , Akhirnya aku pun bekerja di sebuah jabatan dengan gaji yang agak lumayan. aku bermaksud membawa ibuku untuk tinggal bersama . Tetapi ibu menolak dengan baik kerena tidak mahu menyusahkan diriku dan anak isteriku.


Ibuku telah tua dan...dokter mengesahkan ibu diserang kanser tulang dan perlu dirawat segera. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di katil setelah menjalani kimoterapi. Ibu yang keliatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menyiksa tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perih, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan sebegini. Tetapi ibu dengan senyum yang dipaksa-paksa berkata :“Jangan menangis anakku,Aku boleh menahan sakit”

Beginilah kasih sayangnya seorang ibu. Mereka sentiasa berbohong dan menyembunyikan hakikat yang sebenar demi kebahagian hidup anak-anak. Terpulanglah pada anak-anak untuk membalas pengorbanan ibu yang kerap berbohong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan