Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 10 Jun 2011

Manusia Pemakan Daging Mentah


Masyarakat di Kutub Utara wilayah Rusia, memakan daging mentah adalah perkara biasa bagi mereka kononnya boleh menyihatkan tubuh badan. Satu-satunya daging binatang yang tersedia untuk disantap mentah-mentah di wilayah kutub itu, adalah daging rusa. Daging rusa segar hasil sama ada diburu maupun diternak oleh mereka.

Mereka memakannya mentah-mentah, tanpa perlu susah payah untuk memasaknya terlebih dahulu. Mereka mengatakan, daging mentah rusa ini adalah satu-satunya sumber vitamin, terutama vitamin C, bagi mereka. Mereka melakukan kebiasan ini sejak ratusan tahun lalu agar boleh bertahan hidup menghadapi cuaca sejuk di wilayah Utara tersebut.

Anak-anak kecil juga tidak kisah dengan makanan yang tidak dimasak ini bahkan mereka memakan daging yg berlumuran darah ini dengan menyatakan ianya sungguh lazat sehingga menjilat jari.

Di dalam ajaran Islam memakan makanan berdarah adalah haram dan ditegah. Ianya satu perbuatan yang keji dan perlu dielakkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan