Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 15 Jun 2011

Lemahnya Islam disebabkan orang Islam sendiri..

Hari ini Media yang menjadi Lidah Rasmi Utusan Malaysia yang majoriti Ahlinya berbangsa Melayu dan berugama Islam telah menyiarkan satu kartun yang jelas menghina hukum Allah..

Apa sudah jadi dengan tahap pemikiran dan keilmuan umat islam di akhir zaman ini. Apakah dengan pemikiran sikular yang di dukung oleh mereka ini membenarkan mereka ini bebas menghina dan memperlekehkan hukum Allah. Sebagai umat Islam kita amat dukacita dengan apa yang berlaku dan sekali-kali kita tidak mahu menjadi syaitan bisu yang bersekongkol dengan golongan ini. Kita akan terus bersuara...menentang mereka kerana apabila mereka menentang hukum Allah yang termaktub dalam Al-Quran berarti mereka terang-terang menentang Allah dan Rasul.

Umat Islam dikejutkan apabila pada tanggal 11 Jun 2007, Vilks telah dijemput untuk menyertai pameran kesenian dengan tema “The Dog in Art” (Anjing dalam Seni) yang telah diadakan di pekan kecil Tällerud di Värmland, Sweden. Vilks menghantar tiga lukisan pena dan dakwat diatas kertas A4 yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai anjing di bulatan jalan(roundabout dog).

Lars Endel Roger Vilks (lahir 20 Jun 1946) ialah seorang seniman dari negara Sweden. Beliau dilahirkan di Helsingborg, Sweden dan beliau adalah seorang kafir yang tidak kenal apa itu dosa dan apa itu pahala sebagaimana yang diajarkan didalam Islam atau dalam lain ayat beliau Jahil..

Kerana kekafirannya itu bagi beliau apa yang dilukisnya itu adalah satu karya seni yang perlu dihargai..

Tetapi apakah pula yang boleh kita sifatkan tentang seorang kartunis mungkin beragama Islam dari Malaysia yang Islam adalah agama rasminya, melukis satu karikatur yang jelas menghina hukum Islam dan dibenarkan pula penerbitannya oleh sebuah Akhbar yang dimonopoli oleh Melayu yang berugama Islam? Inilah padahnya apabila Islam hanya jadi retorik, dari kulit luarnya nampak macam hebat tetapi isi dalam penuh dengan sandiwara dan lakunan semata-mata.

Persoalannya kita tidak tahu apa akan jadi pada Islam 10 tahun akan datang kalau perkara ini dibiarkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan