Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 10 Jun 2011

Jus Mangga Tilmisani: Kenangan, Kesetiaan

Ustaz Umar At-Tilmisani pernah dijemput menghadiri satu majlis berbuka puasa di Iskandariah Mesir pada bulan Ramdhan.
Di antara hidangan tersebut terdapat jus mangga. Salah seorang sahabat menghulurkan segelas jus mangga kepada beliau. Beliau meminta maaf sambil mengatakan bahawa beliau tidak dapat menerima dan meminumnya.

Sebahagian hadirin memperhatikan adanya perubahan pada air muka Ust.At-Tilmisani. Mereka pun bertanya, "Apakah ustaz alergik pada jus mangga. Ataukah jus mangga boleh menjejaskan kesihatan ustaz?"

"Tidak..". jawab beliau.

Setelah selesai berbuka, hadirin begitu tertanya-tanya kenapa ustaz Tilmisani berkeras tidak mahu meminum jus mangga. Akhirnya beliau telah menjelaskan perihal yang sebenar.

"Apabila saya terlambat pulang kerja", kata beliau, "Isteri saya selalu menunggu dengan sabar sambil menyiapkan dua gelas jus mangga. itulah minuman kegemaran kami suami isteri.Kemudian kami berdua meminumnya bersama-sama. Sekarang, isteri saya sudah meninggal dunia. Saya tetap merasa berat untuk meminum jus mangga sendirian. Saya tak boleh meminumnya tanpa dia."

"Saya", lanjut beliau, "Selalu memohon kepada Allah agar Ia mempertemukan kami berdua di syurga. Lalu, kami dapat bersama-sama menikmati minuman syurga. Lalu, kami dapat bersama-sama menikmati minuman syurga.."

Perhatikan kisah ini. Kadangkala kita lupa anak isteri di rumah sedangkan kita asyik makan sedap--sedap di kedai ataupun restoren.Ingalah cinta sejati adalah perkongsian rasa, senang susah bersama apatah lagi bila kita semakin meningkat usia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan