Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 10 Jun 2011

Hantu pocong dah keluar...sebab manusia perangai macam hantu.

Saya pernah ditunjukkan satu video yang dirakamkan oleh Ustad Man Mistik dengan menggunakan kamera video dan terlihat dengan agak jelas gambar pucong di bilik kemahiran hidup di sebuah sekolah. Ia bergerak perlahan menembusi dinding. Yang peliknya kemunculannya bukan di waktu malam tetapi sekitar jam 3 petang ketika waktu hujan lebat.

dan...yg terbaru saya terbaca pula berita mengenai hantu pocong berkeliaran
di jambatan yang menghubungkan Kg Kota Pulau dan Kg Tanjung. Hantu pocong ini akan muncul lepas tengah malam hingga awal pagi. Beberapa penduduk kampung cuba mengambil gambar pocong ini tetapi tidak berjaya. Pocong ini katanya tidak lari, sebaliknya hanya duduk merenung sahaja. Kalau lampu kereta terang tak nampak katanya, lampu kereta pasang yang kecil, barulah nampak pocong ini, dan kedengaran pelbagai bunyi pelik dan binatang pelik seperti katak panjang katanya.

Bagi saya o
rang Melayu perlu kembali kepada ajaran Islam secara keseluruhannya. Masjid dan surau perlu dihidupkan. Menurut maklumat yang saya terima Surau di Kg Kota Pulau dah lama tak didirikan solat jemaah, begitu juga banyak masjid di sini ada yang mati dengan pengajian ilmu. Di Kg Penajis seorang penduduk setempat menyatakan solat Tarawih hanya satu saf, solat raya pun tak penuh.

Tidak hairanlah sekarang semakin banyak pembunuhan, pesakit mental, kes perceraian, masalah sosial dan macam-macam lagi. Apabila surau dan masjid semakin mati, semua masalah ini , semakin hari akan semakin serius dan membarah. Buatlah macam-macam kertas kerja dan seminar sekalipun, selagi masjid, surau dan rumah sunyi dari amal ibadah, zikir, majlis ilmu dan bacaan Quran ianya tidak akan ke mana-mana. Berpeganglah kepada Islam keseluruhannya. Apabila masjid semakin mati dengan solat jemaah, majlis ilmu, tv, pawagam dan majalah pula makin galak siar cerita hantu, maka makin banyaklah hantu yang akan keluar dan menakutkan manusia. Walhal kita hanya perlu takut pada Allah yang Maha Esa. Buat semua yang Allah suruh, tinggalkan semua yang Allah larang.

Hidup di dunia ini, kejap sangat, Allah nak ambil nyawa kita bila-bila masa saja. Setiap hari pun malaikat maut datang ziarah kita 70 kali sehari.Itupun banyak manusia tak sedar diri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan