Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 22 Februari 2013

Apa sudah jadi dengan Lahad Datu...?

azlan
Kejadian pencerobohan askar kesultanan  Sulu  di Lahad Datu  dan kini masih lagi bertahan di sana mengimbau kembali kenangan silam ku ketika bertugas di Bandar persisiran laut sulu ini. Jalan Tungku, Silabukan adalah menjadi laluan biasa bagiku berulang alik dari bandar ke sekolah.

Tak dinafikan aku banyak kawan dari keturunan Sulu ini. Mejoriti mereka ini adalah pendatang haram dan ada juga yang telah berkahwin dan beranak pinak dengan penduduk tempatan. Dari Lahad Datu ke Pulau-Pulau Sulu seperti Pulau Sibutu dan Mataking memang tak jauh, satu jam naik bot dah sampai.

Ada juga yang berandaian orang Sulu ini adalah pejuang Islam Moro tetapi ada juga yang menidakkannya. Namun terdapat juga orang Sulu menjadi lanun  yang merompak nelayan dan sekali-sekala naik ke daratan meropak kedai dan sebagainya. Mereka ini lebih di kenali sebagai  "Mundu"

Pengalaman ketika dijemput menyampaikan ceramah agama di Tanjug Labian 8 jam perjalanan dari lahad Datu naik Tongkang tiba-tiba di serang lanun memang tak dapat dilupakan. nasib baik ada marin yang membuat rondaan kalau tidak tak tahulah apakah nasib yang akan terjadi pada diriku. Namun aku amat mengharap agar konflik di Lahad Datu dapat diselesaikan secara aman.

Sejurus selepas berita mengenai pencerobohan orang asing yang bersenjata di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17 tersebar, suasana di bandar Lahad Datu bertukar menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa.

Menurut sumber dari penduduk Lahad Datu, ekoran daripada kejadian itu, banyak trak-trak tentera kelihatan bergerak ke arah Jalan Silabukan menuju ke lokasi kejadian.

NONEDi samping itu, tentera bersenjata turut dilihat berjalan kaki membuat rondaan bandar. Rondaan helikopter polis juga dilihat dibuat berterusan. Pemeriksaan polis turut dilakukan di beberapa kawasan bandar terutamanya Jalan Silabukan.

Manakala sekolah-sekolah di sepanjang jalan tersebut yang meliputi Bakapit, Tungku, Felda dan lain-lain turut ditutup. Askar tambahan juga telah ditempatkan di Felda.

Berdasarkan maklum balas yang diterima dari penduduk sekitar bandar Lahad Datu menunjukkan reaksi yang berbeza. Ada yang merasa suasana tegang dan ada juga yang tidak terasa sedemikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan