Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 24 Oktober 2010

'Dah lama tak jamah nasi'

DAIF...(dari kiri), Chan dan Mohd Hafiz turut tinggal bersama Siti Faizah dan Hazmain di bawah jambatan.

DAIF...(dari kiri), Chan dan Mohd Hafiz turut tinggal bersama Siti Faizah dan Hazmain di bawah jambatan.

KUALA LUMPUR: “Saya pun tak ingat bila kali terakhir menjamah nasi. Syukur hari ini kami berpeluang menikmati nasi lemak berlauk sambal sotong,” kata Hazmain Abdul Jalil, 28, yang tinggal di bawah jambatan Lebuh Raya Timur Barat (Metramac) bersama isteri dan anaknya berusia setahun lima bulan kerana kedaifan.

Tiga beranak berkenaan tinggal di bawah binaan konkrit itu bersama dua rakan Hazmain, Mohd Hafiz Abdul Aziz, 30 dan Chan Che Wah, 44 sejak lima bulan lalu.

Menurut Hazmain, mereka tiada pilihan lain, selain daripada tinggal di bawah jambatan selepas dihalau pemilik rumah yang disewanya dengan harga RM200 di Sungai Besi, di sini lima bulan lalu.

“Sebelum ini, isteri saya (Siti Faizah Abu Bakar, 27) bekerja di restoran makanan segera, namun dia berhenti selepas melahirkan anak. Jadi perbelanjaan hanya di atas tanggungan saya. Masalahnya saya tiada pekerjaan tetap,” katanya

Katanya, bagi mencari rezeki halal, dia pernah melakukan pelbagai kerja termasuk kerja kontrak dan pekerja kilang kopi dan yang terakhir sebagai pencuci bangunan di pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur.

'Dah lama tak jamah nasi'
“Saya hanya pekerja kontrak, apabila tiada kerja maka saya tidak mempunyai sumber kewangan. Kami juga mencatu makanan iaitu sekali sehari manakala anak pula makan apa saja seperti yang kami makan atau minum susu,” katanya yang berasal dari Sandakan manakala isterinya dari Segamat, Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan