Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 23 Oktober 2010

Jangan kamu jadi seperti burung gagak...
Burung gagak. Makan bangkai,pengotor berbunyi bising menganggu ketenteraman dan keselesaan.
hakikatnya ada manusia seperti burung gagak. Tak peduli halal haram sapu kiri kanan. Makan rasuah riba judi seolah-olah perkara itu biasa kalau tidak susah nak hidup
Jangan kamu jadi burung helang
Burung helang matanya tajam.Pergerakkannya pantas menyambar mangsa.. Hakikatnya ada manusia persis seperti burung helang. Matanya tajam melihat kesempatan yang terluang. Semua projek sapu kat dia. Hak orang pun diambil justeru jangan jadi seperti burung helang.
Jangan jadi seperti burung merak
Burung yang suka mempamirkan kecantikkan. Bulunya sangat indah apatah lagi ketika ia mengembangkan sayapnya. Hakikat manusia persis merak ini bukan sahaja suka mempamirkan kecantikkan fizikalnya rumah kediamannya dan banyak harta kekayaannya tetapi ria dalam amalannya. Buat sesuatu kerana nak tunjuk kat orang. Jadi hapuskanlah sifat merak ini.
Jangan jadi seperti ayam jantan
Kokoknya berderai-derai tapi ekornya penuh najis. Pepatah sebegini adalah sindiran kepada manusia supaya tidak berlagak seperti haiwan ini. Cakap berdegar-degar tetapi hampeh,kosong cakap tak serupa bikin. Justeru jauhi sifat buruk ini moga kita selamat dunia dan akhirat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan