Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 13 Oktober 2010

Peringatan Untuk Bakal Tetamu Allah


Selesai memberikan kuliah hadis di Surau al-Munawwarah saya sempat bercerita dengan beberapa jamaah surau mengenai pemergian jamaah haji ke tanah suci. Ada yang pergi haji tapi masih tak berubah. Masih tak ke surau masjid berjamaah. Pengajian ilmu jauh sekali. Mengapa begitu?

Mungkin mereka menunaikan haji sekadar memenuhi tuntutan rukun Islam tanpa menghayati sepenuhnya konsep ibadah haji. Haji merupakan satu syariat yang difardukan kepada umatnya yang berkemampuan. Justeru beruntunglah bagi mereka yang berkesempatan untuk menjadi tetamu Allah di bumi anbiya dan peluang ini sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk membersihkan diri dari sebarang dosa yang dilakukan.

Bagi yang tidak berkemampuan,mungkin secebis kisah yang dipaparkan ini boleh memberikan sekelumit harapan untuk mendapat tempat yang mulia di sisi Allah Rabbul Jalil

Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram. Dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit.

Berdailoglah dua malaikat tersebut: "Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?" .: "Enam ratus ribu orang." :"Antara 600,000 ribu orang yang berhaji itu berapakah yang diterima haji mereka?" : "Di antara 600,000 ribu itu hanya seorang sahaja hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq dan tinggal di Damsyik. Dia adalah seorang tukang kasut tetapi tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima. Maka berkat haji Muwaffaq maka kesemua 600,000 yang mengerjakan haji diterima oleh Allah swt.

Abdullah terkejut dari tidurnya dan setelah selesai mengerjakan ibadat haji beliau terus segera berangkat ke Damsyik untuk mencari si tukang kasut yang disebutkan dalam mimpinya.

Akhirnya dia dapat mencari dan berjumpa dengan lelaki tukang kasut itu. Abdullah bertanya lelaki itu : "Apa nama saudara." Berkata lelaki itu :" Nama saya Muwaffaq." Abdullah bertanya : " semasa aku sedang mengerjakan haji, aku bermimipi ada dua malaikat yang membicarakan tentang haji mu , tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?"

Jawab Muwaffaq : "Sebenarnya aku ingin menunaikan haji , simpanan ku tak mencukupi tapi dengan cara mendadak aku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku berniat untuk mengerjakan haji pada tahun ini sedangkan isteriku pula sedang hamil.

Suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan(mengidam) makanan itu, lalu aku pergi ke rumah jiranku dan memberitahu tentang hajat isteriku ". lantas Wanita itu berkata “ wahai jiranku, makanan ini hanya halal untuk keluarga ku dan haram bagi isterimu”. Abdullah membalas “ kenapa begitu?”. Lalu jirannya menjawab "Oleh kerana kamu tidak mengetahui keadaanku maka aku terpaksa memberitahumu, sebenarnya aku ini isteri yang telah kematian suami dan mempunyai anak yang dah menjadi yatim .

Sudah tiga hari kami tidak menjamah makanan. Oleh itu aku keluar mencari makanan tapi tak ku temui. Aku terus mencari sehinggalah akhirnya aku bertemu dengan bangkai himar, aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu."

Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang ke rumah dan mengambil 300 dirham yang ada tadi lalu aku berikan kapada wanita itu dan ku katakan kepadanya : "Belanjakan wang ini untuk anak-anakmu. Dan aku berkata pada diriku : Hajiku di muka pintu rumahku (Rumah jiranku) maka kemanakah aku akan pergi."

Justeru kepada bakal-bakal haji yang mengunjungi Rumah Allah (Baitullah) Perbetulkanlah niat,bulatkan tekad dan azam untuk beramal bersungguh-sungguh kerana kesempatan ini hanya sekali seumur hidup. Mudah-mudahan kalian mendapat haji yang mabrur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan