Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 19 Oktober 2010

Allahuakbar.. Benarkah Ini? Masjid Timbul Dari Bumi


Masjid Timbul Dari Bumi

Kemunculan Masjid misteri di sebuah kawasan pendalaman di Indonesia telah menimbulkan tanda tanya. Kewujudannya yang begitu unik dengan seni bina yang begitu luar biasa telah menggemparkan penduduk Indonesia khususnya dan Dunia amnya dan sehingga ke hari ini tempat itu telah menjadi tumpuan pelancung tempatan dan dunia setelah beritanya di sebar luaskan. Saya difahamkan masjid ini timbul selepas kejadian Tusnami.

Masjid yang timbul di tengah-tengah sawah di sebuah kawasan pedalaman di Indonesia yang tidak ada kemudahan api dan air. Masjid itu setinggi 7 tingkat. Masjid yg paling indah didunia dari sudut seni pembinaannya. Ia seperti sebuah istana raja yg paling kaya dan berkuasa di dunia..Ia seolah-olah dibina dari bahan-bahan binaan yg mahal dan mewah. Ada laluan kereta yg luas dibawah masjid yg dibina dari batu marmar mahal. Dan dikiri dan kanan pula terdapat akuarium yg besar dan ikan peliharaan yg besar.






Masjid ini dihiasi dgn lampu elektrik yang besar dan indah mungkin harganya amat mahal..dan yang peliknya masjid ini terletak ditengah-tengah sawah yg dikelilingi hutan di sebuah kawasan pedalaman yang tidak ada kemudahan api dan paip air

Para pengkaji yang datang dari barat untuk meninjau keadaan masjid mengesahkan seni pembinaannya tidak terdapat dimana-mana masjid di dunia ini...

Menurut cerita penduduk kampung tersebut..mereka telah memohon mesjid baru di kampug tersebut sejak 5 kali Ramadhan utk kemudahan penduduk setempat mengerjakan solat tetapi tak dapat. Tapak asal masjid timbul ini adalah sebuah madarasah yg diketuai oleh seorang kiyai tua. Kiyai tua ni boleh dijumpa tetapi bila diambil gambarnya tak pernah ada dalam gambar yang diambil tu. (Ia menyamai dengan seorang lelaki yang di gelar Mbah Marijem ketika saya mengunjungi Jogjakarta suatu ketika dulu Sila lihat kembali artikel blog saya yang bertajuk Mbah Marijem)

Walau bagaimana pun saya menyarankan apa juga berita pelik yang timbul khususnya akhir-akhir ini jangan kita mempercayainya seratus peratus. Mungkin benar atau mungkin tidak. Apa yang saya muatkan dalam blog ini sekadar satu perkongsian maklumat. Kita masing-masing ada akal gunakanlah neraca akal dengan sebaik-baiknya

p/s ; VCD asal dokumentari masjid Timbul lebih satu jam klip video di atas hanya sebahagian shj.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan