Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 17 Oktober 2010

Adakah anda mengidap penyakit Ghullu

"Pah...cepatlah masak,dah dekat jam 1 petang ni?" "Kejaplah... Pah tengah syok tengok facebook ni." Anak-anak leka dengan komputer hingga tak mandi seharian. Drama tv di buat secara bersambung-sambung (telenovela) sehingga sayang nak ditinggalkan. Rumah dibiarkan berselerak,kain baju tak sempat nak di lipat.

Bagi lelaki, surau masjid lama tak dikunjungi.Pengajian apatah lagi. Masyarakat tidak dicampuri lebih seronok hidup bersendiri. Teman setia lap top buka facebook senyum sendiri dengan komen disana sini

Semua ini adalah tanda-tanda seseorang itu di hinggap penyakit 'Ghullu' Apa yang dimaksudkan dengan ghullu itu?

Perkataan ghulu dalam bahasa arab bermaksud melebihi kadar dalam setiap sesuatu. Adapun

ghulu dalam beragama sprt kata Ibn Athir (w.606H) bermaksud at-Tasyaddud fiihi wa mujawazatul

had, iaitu terlalu keras berpegang dengannya dan melampaui batas.

Renungilah sabda nabi yang bermaksud

Daripada Ibn ‘Abbas, katanya: Pada Hari ‘Aqabah, Rasulullah s.a.w bersabda kpdku ketika
baginda berada diatas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah
al-’Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil utk baginda yg kesemuanya sebesar biji kacang.
Apabila aku meletakkannya ke tangan baginda, baginda pun bersabda: ‘Ya sebesar ini! Jauhilah
kamu melampau dalam agama (al-Ghulu), kerana sesungguhnyaal-Ghulu telah membinasakan mereka
yang sebelum kamu

(diriwayatkan oleh al-Nasai, Ibn Majah dan Ahamd)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan