Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 27 Oktober 2010

Mbah Maridjan Mati Ketika Sujud


Mbah Maridjan Manusia yang dikatakan Karomah

Mungkin ramai yang telah membaca blog yang bertajuk Misteri Mbah Maridjan. (Boleh lihat dalam arkib blog saya) Cerita yang saya paparkan itu berdasarkan pengalaman saya bersama beberapa orang penduduk Jogja ketika saya berkunjung kesana.

Berita terbaru yang saya terima Mbah Maridjan telah kembali kepada Allah dalam keadaan bersujud. Mayatnya ditemui di dapur rumahnya dalam posisi sujud pada hari Rabu 27 Oktober 2010. Bersama-sama dengan mayatnya terdapat 16 lagi mayat yang menjadi korban Gunung Merapi yang sekarang ini telah mengeluarkan bahang panasnya.

Sejak letusan gunung Merapi pada 2006 nama Mbah Maridjan menjadi terkenal kerana keberaniannya. Ada cerita yang menyatakan ia memiliki sifat karomah, boleh mengalihkan lava Gunung Merapi dan tak perlu berpindah jauh. Setiap hari ratusan orang mengunjungi kediaman beliau kerana ingin bertemu sendiri dengan seorang lelaki bernama Mbah Maridjan.
Pada tarikh 26 Oktober 2010, terjadi letusan Gunung Merapi yang disertai awan panas setinggi 1.5 kilometer. Gulungan awan panas tersebut meluncur turut dan melalui tempat kediaman Mbah Maridjan dan akhirnya mengorbankan dirinya bersama 16 orang yang bersama dengannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan