Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 15 Oktober 2010

Khazanah Nenek Moyang (1)

Demam Panas

Ibu bapa amat bimbang kalau anak di serang demam panas. Apatah di waktu malam, klinik pun dah tutup, panik dibuatnya. Demam panas yang kuat boleh membawa sawan tarik. Apa nak buat..? Rasanya petua nenek moyang kita boleh membantu.

Cuba dapatkan lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu campurkan dengan sedikit air. Sapu pada dahi dan rambut anak.

Kaedah lain boleh digunakan dengan menggunakan air asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat tiga kali, sapukan di kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan