Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 15 Oktober 2010

Belajarlah dari Pengalaman Orang tua-tua

Setiap orang sentiasa mengimpikan kesihatan yang berpanjangan. Orang tua-tua dahulu mereka panjang umur mungkin kerana mereka bijak menjaga kesihatan. Kebanyakkan makanan yang kita makan hari ini sudah banyak bercampur dengan bahan kimia dan racun. Sayur buah disembur dengan racun. Begitu juga ayam dicucuk dengan bahan kimia. Ikan disapu dengan bahan pengawet dan sebagainya lagi

Orang dulu-dulu kalau sakit mereka menggunakan kaedah tradisional dengan menggunakan bahan semulajadi. Dalam blog ini saya cuba berkongsi idea dengan melihat kaedah orang tua-tua dahulu mengubat penyakit semoga kita dapat mengambil menafaat daripadanya di samping rawatan moden.

Kita selalu sakit kepala mungkin disebabkan stres atau tension dengan kerja atau masaalah hidup. Jalan mudah kita makan penadol. Kalau terlalu kerap ia juga membawa kesan yang tidak baik kerana ia ada kesan dadah

Cara orang tua-tua dulu ialah dengan menggunakan daun sirih. Daun itu diramas di dalam mangkok berisi air. Air itu dijiruskan perlahan-lahan ke atas kepala sehingga basah kemudian picit selama 15 minit.

Jika tidak ada daun sirih gunakan daun sawi lebih kurang 6 helai.Tumbuk sehingga lumat Campurkan dengan sedikit garam. Lumur dan gosok perlahan pada dahi dan pelipis telinga

Jika tak berkesan gunakan air ramasan asam jawa campurkan dengan secawan santan dan tapis
Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih.


Ada juga kaedah lain iaitu menggunakan kulit manggis. Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air.


Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.

Bacalah doa mohon sembuh dan bersalawat atas Nabi,insyaallah kita akan kembali sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan