Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 3 Oktober 2010


Sunday, September 5, 2010
PARIS – Daily News with wires for beritaislamglobal.blogspot.com

Sakineh Mohammadi-Ashtiani(gambar), wanita Iran yang dijatuhi hukuman direjam sampai mati kerana kesalahan berzina, juga telah dijatuhi hukuman sebat 99 kali kerana kesalahan bergambar tanpa tudung kepala, menurut anaknya, lapor Agence France-Presse.

Sakineh Mohammadi-Ashtiani, 43, ibu kepada dua anak itu telah dijatuhi hukuman mati kerana melakukan zina. Beliau juga dituduh bersubahat sehingga menyebabkan kematian suaminya, tetapi menafikan dakwaan tersebut.

Kisah Sakineh telah membawa kepada tunjuk perasaan di Eropah dan kempen antarabangsa untuk membebaskannya, sehingga menyebabkan pihak Tehran menangguhkan hukuman mati itu.

Selepas mendapat bantahan antarabangsa, pihak berkuasa Iran telah menangguhkan hukuman rejam yang sepatutnya dijadualkan dalam bulan Julai, lapor laman web Berita BBC Ahad lalu. Walaupun begitu, terdapat kemungkinan hukuman mati dilakukan melalui hukuman gantung.


Ahad lalu pihak Vatican berkata mereka sedang behubungan dengan Tehran melalui saluran diplomatik bagi menangani kontroversi tersebut. Kenyataan tersebut mengulangi penentangan Gereja Katolik terhadap hukuman mati.


"Mata Suci sedang mengikuti peristiwa ini dengan perhatian dan komitmen," kata jurucakap Vatican Federico Lombardi dalam satu kenyataan.

Perhatikan bagaimana pihak gereja memanipulasi keadaan ini. Inilah antara kesempatan terbaik memburukkan Islam. Mereka akan menonjolkan Kristian sebagai agama penyayang dan pemaaf. Sekalipun terhadap beribu salah laku seks paderi-paderinya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan