Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 14 Oktober 2010

Aduhai Melayu....

Kenapa anak Melayu ramai jadi penagih dadah, jadi bohsia, gagal peperiksaan, jadi mat rempit, paling ramai menganggur, paling ramai lepak di kompleks beli-belah, paling ramai main video games, paling ramai hamil luar nikah, paling ramai jadi kuli, paling kurang jadi tauke, paling ramai kena tipu sindiket gores dan menang, paling ramai yang tidak cerdik, paling ramai asyik kena tipu, paling ramai gagal menyambung pelajaran, paling ramai lulus universiti tapi paling ramai tak ada kerja, paling ramai dalam segala-galanya.

Yang ada dijawab segelintir orang ialah salah mak bapak. Kalau salah mak bapak, mesti ada puncanya. Puncanya ialah mak bapak dulu-dulu. Kalau macam itu, salahlah datuk nenek moyang kita sebab tak pandai jaga mak-bapak sekarang sehingga melahirkan anak-anak Melayu yang semuanya serba tak menjadi? Tak ada pula jawapannya yang berani menuding orang politik, dasar kerajaan dan pentadbir negara bersalah besar dalam hal ini.

Sebagai contoh, saya tanyakan kenapa subjek pengajian Islam tidak diwajibkan mesti kredit dalam peperiksaan SPM jika mahu masuk ke universiti tempatan, sedangkan kita kata Islam agama rasmi negara ini? Pemimpin harus berani berubah. Bukan berani mengajak untuk rakyat berubah.

Dadah dalam negara boleh dikatakan saban hari ada tangkapan. Rasa dah macam lubuk dadah sahaja negara kita ini. Semua ini masalah yang menjarum ke dalam kehidupan anak muda. Pub bersepah, arak di kedai kopi pun mudah dapat. (Bila mabuk kacau orang, samun orang!) Bila tangkap orang mabuk samun orang atau cederakan orang, dikatanya nak buat macam mana? Orang tu mabuk.

Kalau kita pandang ringan hal-hal yang sedang menjadi wabak dalam sosial dan budaya anak Melayu, maka akan jahanamlah bangsa kita perlahan-lahan.

SINGALAUTMETRO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan