Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 22 Oktober 2010

Loyar Buruk Sangat... Ambik Hang..


Seringan-ringan azab dalam neraka ialah dipakaikan kasut dari neraka.Apabila kaki dimasukkan maka menggelegak otak di kepala. Nauzubillah dahsyatnya. 1 hari di neraka menyamai 1000 tahun. 1 helai rambut seorang muslimah kerana tidak menjaga aurat sudah disimbah dengan api neraka apatah lagi mereka yang tidak segan silu mendedahkan aurat.

Pun begitu ada juga yang celupar mulut. "Alaa..kalau masuk neraka pun macam orang goreng keropok jee" Ini yang dikatakan bodoh sombong.

Satu riwayat menceritakan terdapat seorang lelaki yang boleh diistilahkan sebagai 'loyar buruk'
Ia telah berjumpa beberapa orang tuan guru dengan persoalan yang sama. Iblis dijadikan dari api. nerakapun Allah jadikan dari api. Api bila tercampak dalam api dimana sakitnya? Sebab itu iblis tidak takut untuk menyesatkan manusia walaupun ia pernah berada di Syurga di zaman Nabi Adam dan dia juga tahu tentang neraka. Susah juga tuan guru nak jawab. dan semua jawapan mereka tidak memuaskan hati si peloyar buruk.

Suatu ketika si peloyar buruk bertemu pula dengan seorang imam yang baru pulang dari kebun.
Ia ingin menduga imam ini dan mengemukakan soalan yang sama. Imam itu memandang wajah peloyar buruk sambil tunduk mengambil seketul tanah yang keras. Tak semena-mena tanah keras itu dibaling sekuat hati, kena tepat pada dahi hingga benjol sebesar buah pingpong. Mengaduh kesakitan si peloyar buruk dan segera bertanya kenapa dia dibaling dengan tanah keras...dia cuma ingin bertanya sahaja.

Imam itu berkata dengan selambanya "Itulah jawapan terhadap persoalan kamu tadi...sepatutnya kamu tidak sakit sebab kamu dijadikan dari tanah dan yang aku baling tadi juga adalah tanah." Menonong si Peloyar buruk pergi meninggalkan imam dengan hati kecilnya berkata..'Puihh boleh tahan jugak imam ni.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan