Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 16 Oktober 2010

Sayang kereta ke... sayang anak.


Kereta Honda City warna hitam meluncur megah di jalanraya. Hati Salman puas kerana hasratnya untuk memiliki kereta baru tercapai akhirnya. selama ini ia hanya mampu memakai kereta second hand. Dengan kereta baru ini ia berhasrat untuk membawa anak isteri pulang ke kampung dan ia yakin orang kampung, sahabat handai akan terpegun melihat keanggunan kereta barunya.

"Abah balik...! abah balik...! cantiknya kereta abah...anak kecilnya berusia 4 tahun yang begitu petah b ercakap terlompat-lompat kegembiraan pabila melihat kereta baru yang masih berbungkus plastik kusyennya masuk ke dalam pagar rumah. Sebentar isterinya pula menjengok dan tersenyum ceria.

Salman masuk sambil berpesan pada Erni pembantu rumah supaya tengok-tengokkan si Boboi yang sedang asyik membelek-belek kereta di luar rumah. Erni bergegas keluar melihat telatah anak majikannya yang masih tidak puas membelek kereta baru sambil tanganya mengosok-gosok lampu belakang,kemudian belari ke depan begitulah telatah anak-anak bila melihat sesuatu yang baru.

Telefon berdering kuat,cepat-cepat Erni masuk untuk mengangkatnya. Boboi masih leka di luar. Duit siling 50 sen di atas lantai garaj diambil kemudian di gariskan ke pintu kereta. Satu garisan panjang terbentuk sehingga sampai ke penghujung bonet. Seronok sungguh si Boboi menarik-narik duit siling seolah-olah dia sedang membuat lakaran di kertas kosong yang boleh di padam bila-bila masa sahaja.

"Masyaallah kereta aku..! terjerit Salman melihat keadaan kereta yang tergaris,tercalar di sana sini. Tak semena-mena wajahnya memerah. nafasnya turun naik. Ia sudah hilang pertimbangan. Boboi sudah hilang entah ke mana. Seperti orang kerasukkan Salman mancapai rotan sebesar jari kelingking. Boboi di temui di bilik orang gajinya Erni. Tangan Boboi direntap kuat. "Kan abah dah cakap jangan main kereta abah...`! Boboi degil" Salman menghayun rotan sekuat hati ditapak tangan Boboi bertalu-talu. "Nii ...tangan ni calar habis kereta abah' Tangan lembut seorang anak kecil terus di pukul. melengking tangisan boboi, matanya terbelalak besar kesakitan. Tangisan kuatnya tidak di pedulikan. Erni menangis, isterinya menerpa menangkap rotan di tangan. Anaknya sudah lemah. Tangisan sudah tidak kedengaran.Kepalanya terlentuk lesu di bahu Erni.

"Cepat bawa Boboi keluar...jerit Syamsidar isteri Salman apabila melihat suaminya seperti orang kerasukkan. "Sudah lah bang...jangan pasal kereta baru anak kita pula jadi mangsa. Salman terdiam. Fikirannya buntu. Hati kecilnya berbisik 'Apa aku sudah buat pada anak aku...? syaitan telah menguasai aku...'

Erni masih memangku boboi di atas kerusi buai di laman rumai. Tangan Boboi masih bergetaran.Kulit tangannya pecah akibat pukulan kuat. Matanya masih terpejam, Esak tangis tidak kedengaran. "Bapak... anak segini perlu dapat rawatan Pak..' Erni merayu pada Salman, ketika Salman menghampiri anaknya. Giliran Syamsidar pula menangis,anaknya begitu lembek lesu dan tak bermaya. Cepat-cepat Salman menghidupkan enjin kereta.

Di hospital Salman amat gelisah. Boboi masih di rawat. 3 jam berlalu seorang dokter keluar memanggil Salman masuk ke biliknya. "Encik kena tandatangani surat ini" "Kenapa dokter?" Soal Salman cemas.

"Tangan anak encik tak dapat di selamatkan lagi. Pergelangan tangannya perlu di potong. Urat sarafnya sudah tidak berfungsi..maaf saya terpaksa memberitahu keputusan yang menyedihkan ini... Encik kena ambil tindakkan segera kalau mahu nyawa anak encik selamat.' Terkedu Salman..kepalanya seolah-olah dihentak dengan batu besar. Syamsidar masih di dalam menemani anaknya dan bagaimana kelak keadaannya kalau ia tahu tangan anaknya akan di potong."Allahuakbar...apa yang sudah aku lakukan pada anak aku"

3 hari masa berlalu. Salman melangkah lesu mesuk ke wad kanak-kanak. Isterinya masih di dalam. Sudah tiga hari juga isterinya menjadi penunggu setia hospital. Boboi sudah sedar. Matanya melirik melihat wajah Salman. Mulutnya bercakap. nadanya amat perlahan. "Abah... Boboi tak akan conteng kereta abah lagi. Boboi janji bah... Abah tolong bagi balik tangan Boboi ye..? Boboi akan dengar cakap abah." Boboi menggerak tangannya yang telah di potong dan masih berbalut kemas.

Salman tersandar di dinding. Air matanya tercurah keluar. Nugget makanan kegemaran Boboi terlepas dari tangan. "Ya Allah kenapa aku jadi begini... aku lebih sayangkan kereta dari anakku sendiri..."

Jadikanlah pengajaran dari cebisan kisah ini...














Tiada ulasan:

Catat Ulasan