Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 26 Oktober 2010

Awok Aku Redho Di Atas Pemergianmu...


Ketika mana aku mula menaip blog ini, aku baru sahaja selamat mengkebumikan Si Awok kucing kacukan siam yang telah ku pelihara semenjak ia dilahirkan. Sudah seminggu Awok sakit. Ketika di bawa ke klinik haiwan,doktor haiwan mengesahkan Awok mengidap penyakit ginjal bengkak yang kronik. Awok tak boleh berak dan kencing dan kos pembedahan mungkin melebihi 300 ringgit, itupun 50 - 50 antara hidup dan mati.

Aku ambil keputusan untuk terus membawa balik Awok dan bertawakal dengan ubat yang diberi.Awok seekor kucing yang periang manja dan suka berbunyi. Kalau nak berak atau kencing ia akan ke tandas dan mudah bagi kami untuk membuang najisnya. Keistimewaan Awok pada pandanganku ia suka tidur seperti manusia,telentang dan kaki terkangkang sungguh melucukan bila melihat kelakuannya.

Saat sakitnya selama seminggu ia sudah semakin kurang berbunyi. Panggil namanya berkali-kali baru menyahut itupun terlalu perlahan. Pagi selasa sekitar jam 9 pagi Awok sudah tidak mahu berbunyi tetapi matanya tepat memandang wajahku. Seminggu Awok tidak makan hanya menjilat sedikit air yang aku berikan.

Matanya begitu polos memandangku seolah-olah mengucapkan terimakasih kerana memeliharanya dari kecil, dan hatiku jadi tersentuh apabila aku bercakap dengannya walaupun mungkin orang kata aku gila bercakap dengan binatang yang tak faham bahasa. Tapi harus di ingat binatang juga ada naluri yang Allah jadikan. Lihat sahaja anjing begitu taat pada tuannya. Aku bisikkan ke telinganya "Awok ...menderita ye Awok?? Tak semena-mena ia berbunyi lirih, suaranya jauh di dalam. Aku ulang lagi dgn pertanyaan yang sama dan ia terus menyahut. Matanya tidak berkedip menatap wajahku.Sudah lama aku tidak mendengar ia berbunyi.

Jam 3 petang aku mendapat berita Awok telah menghembuskan nafasnya yang terakhir bersama dengan penderitaan yang ditanggung olehnya. Jam 6.30 petang aku kebumikan Awok bersama hujan yang turun renyai-renyai dan matahari sudah mula nak tenggelam di ufuk barat.

Memelihara kucing adalah sunnah sahabat, antaranya Perawi Hadis terkenal Abu Hurairah. Rasulullah amat suka melihat Abu Hurairah kerana ia suka memasukkan anak kucing dalam jubah bajunya sehingga mendapat gelaran itu.

Awok kau telah kembali pada bumi tanpa balasan tetapi kita manusia akan kembali juga kepada bumi tetapi akan menerima balasan di atas segala amal yang kita lakukan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan