Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 21 Oktober 2010

Cakap Ikut Sedap Mulut Je....

Kadangkala rasa lucu juga bila membaca kenyataan beberapa orang pemimpin di akhbar. Apatah lagi bila kenyataan itu dikaitkan dengan kejadian Allah ataupun dikaitkan dengan ajaran Islam. nampak sangat macam tak mengaji agama.

Seorang menteri wanita ketika mengulas pembunuhan Dato Sosilawati berandaian andaikata pembunuh dapat ditangkap dan dihukum, neraka pun tak layak untuk dia. Apa nak kait dengan neraka? Tak cukup azabkah lagi dengan neraka yang Allah jadikan.? Apakah ada azab lain yang lebih hebat dari neraka Allah.? Jangan bercakap ikut sedap mulut tanya alim ulama dahulu bila nak kait dengan soal agama. Kalau kereta rosak pandai pulak pergi bengkel jumpa makanik. Sampai bab agama Quran hadis tolak ke tepi ulamak warasatul anbiya tak di peduli.
Pagi ini satu berita lagi saya temui berkaitan mengerjakan haji. Perkara ini disuarakan di persidangan parlimen yang baru lalu. Saya sertakan petikan berita seperti di bawah ini

KUALA LUMPUR 19 Okt. 2010 - Seorang anggota Dewan Rakyat hari ini mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.

"Jadi orang Sabah kata, ini Barisan Nasional (BN) mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana di‘control’ oleh kerajaan... siapa yang mahu tanggung dosa?

"Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji... mereka ini tak pakai kuotakah?” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya TH mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah TH dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


Betulkah syarat masuk Syurga kena tunaikan haji.? Bagaimana orang yang tak berkemampuan,yang mati muda apakah mereka tergolong dalam Ashabul Syimal kerana tak tunaikan haji. Berhati-hatilah bila bercakap supaya orang tidak mengketegorikan kita jahil agama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan