Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 11 Oktober 2010

Misteri Disebalik Syawal Terakhir...Tetamu Tak Diundang


Di penghujung syawal yang lalu saya telah dijemput mengisi slot ceramah untuk anak-anak dan guru-guru sempena jamuan hari raya. Meriah juga dengan beraneka jenis kuih,lemang rendang bihun mee dan beraneka lagi.

Biasanya dengan kanak-kanak saya ceramah menggunakan tayangan slide video agar tidak menjemukan mereka. Kalau kita bercakap mereka pula bising tentulah tidak tercapai mesej kita.Alhamdulillah aturcara berjalan dengan baik.

Ketika menikmati juadah raya sekitar jam 5.30 petang seorang guru sebok mengambil gambar guru-guru mungkin sebagai bahan untuk di isi dalam facebook. (maklumlah sekarang ni masing-masing dah ada facebook sendiri)


Tetapi saya dapati satu daripada gambar yang ditangkap telah memuatkan satu entiti yang tak di undang. Entiti itu berada tidak jauh dari tempat kami makan. Kedudukannya tidak jauh daripada tempat kami makan.Gambar yang dimuatkan di bawah nampak jelas kedudukannya,sedangkan ustazah-ustazah yang sedang makan tidak menyedarinya.

Saya terfikir juga ketika ceramah tiba-tiba dia duduk elok je kat depan dengar ceramah.Akhir zaman Orang dah tak suka nak dengar ceramah. So.. biarlah hantu pula dengar. Sambil gelak-gelak sambil sengeh-sengeh rasanya tak sanggup saya membayangkannya. Pelik juga ye...akhir zaman hantu dah keluar waktu siang...Dunia dah terbalik,manusia pula jadi hantu suka keluar waktu malam lepak sana,lepak sini...pergi merempit, macam-macam lagi.


Untuk lebih jelas 'save as' dulu gambar ini dalam mana-mana fail. Kemudian zoom pada arah anak panah.

Untuk pengunjung blog ini terutama yang berada di tempat kejadian,pada pengamatan saya entiti ini hanya merupakan lintasan semata-mata. Ia tidak mengganggu. Ia boleh berada dimana sahaja kerana bilangan mereka lebih ramai dari manusia cuma kita tak diperlihatkan. Jangan takut kerana ia juga makhluk Allah. Anggaplah apa yang ditulis ini sebagai untuk pengetahuan semata-mata tidak lebih dari itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan