Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 5 Oktober 2010

Kenapa Doa Nabi DiTolak???


Amat malang pada umat Islam yang tidak mahu berdoa. Sedangkan doa adalah senjata pada setiap mukmin. Kenapa kita hanya berdoa apabila kita ditimpa musibah?. Jika kita sakit kita berdoa agar kita cepat sembuh. Bahkan kita pohon pada sanak saudara dan sahabat handai yang menziarahi kita agar turut sama mendoakan kesejahteraan kita.

Rasulullah saw adalah contoh yang terbaik yang dapat dilihat. Bagaimana Nabi berdoa mengharapkan kejayaan umat Islam. Berdoa ketika berhadapan dengan musuh hatta Nabi turut berdoa ketika menerima ujian Allah selepas gagalnya missi dakwah Nabi terhadap penduduk Thoif,
Sejarah menukilkan Nabi berdoa agar Umar Al-Khatab ketika masih kafir agar diberikan hidayah memeliuk Islam.

Lazimnya doa Nabi adalah mustajab. Tidak ada hijab pada sisi Allah swt.Namun begitu dalam riwayat ada juga doa Nabi yang Allah pulangkan kembali dan menjadi ujian pada setiap umat Islam.

Nabi pernah berdoa agar umatnya tidak diberikan umur yang panjang seperti umat yg terdahulu. Umur Nabi pun setakat 63 tahun sahaja. Kalau ada yang lebih itu satu bonus dari Allah tetapi sukar untuk melihat umat akhir zaman boleh mencecah 100 tahun (boleh bilang dengan jari)

Nabi juga berdoa agar umatnya tidak diberikan kekayaan melimpah ruah seperti umat terdahulu. Kenapa ? Nabi saw amat bimbang kekayaan umat boleh membawa kecelakaan.
Kita lihat sahaja apa yang berlaku pada jutawan kosmetik Sosilawati yg dibunuh kejam itupun kekayaannya tidak dapat menandingi kekayaan Qarun di zaman nabi Musa a.s

Doa Nabi seterusnya ialah memohon agar Allah tidak melenyapkan cahaya Islam di atas muka bumi ini. Hakikat orang kafir bertungkus lumus berusaha untuk memadamkan cahaya Islam namun Islam tetap utuh bahkan makin berkembang. Di Amerika beratus-ratus orang memeluk Islam selepas tragedi 11 September sehingga toko buku yang menjual naskhah Al-Quran kehabisan stok. Gereja yang terbiar dibeli untuk dijadikan Masjid.

Ketika Muammar Ghadafi (Presiden Libya) berkunjung ke Itali dan menghadiahkan Kitab Suci Al-Quran beberapa orang belia wanita mengistiharkan diri memeluk Islam kerana tertarik dengan ajaran Islam.

Tetapi apabila Nabi berdoa agar umat Islam jangan dilemahkan di tangan orang Islam sendiri Allah swt tidak memakbulkan sebaliknya ia dikembalikan sebagai mehnah dan tribulasi kepada perjuangan Islam. Siapa yang menjumudkan Islam...bukankah orang Islam sendiri? Siapa yang menjuzuk-juzukkan ajaran Islam bukankah umat Islam sendiri. Bahkan usaha untuk mendekatkan orang bukan Islam untuk memahami ajaran Islam dihalang disekat. Hudud dan Qisas digambarkan sebagai satu hukuman kejam yang menakutkan orang kafir. Bingkai Islam digambarkan begitu buruk pada sisi orang kafir. Di pihak Islam pula umat Islam disogok dengan sikularisma,pluralisma,libralisma dan berbagai isma yang meroskkan akidah Islam.

Umat Islam sendiri menjadi penentang kepada Islam. Mereka mengikut rentak tari musuh Islam terutamanya Yahudi kristian yang melabelkan pejuang Islam adalah ekstrimis,teroris
ketinggalan zaman dan sebagainya. Justeru sukarnya perjuangan akhir zaman ini kerana kita terpaksa berhadapan dengan umat Islam sendiri yang bersembahyang satu masjid dengan kita,yang bersalawat sama seperti kita tetapi mengkhianati perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan