Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 13 Oktober 2010

Guru meradang maklumat peribadi didedah
Okt 13, 10 9:51pm
Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pendidikan.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pendidikan akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin.

Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pendidikan Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).
Beliau berkata apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.

Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.

"Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut," tambahnya.

Sumber Bernama

Dapat permata

Oleh Mohamad Ishak




Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata dipercayai delima, nilam dan zamrud tiba-tiba jatuh dari siling rumahnya, semalam.
Lima daripada batu itu berwarna putih manakala dua lagi masing-masing berwarna biru dan hijau sebesar kira-kira duit syiling 20 sen.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika Siti Balqis dan ahli keluarganya berada di ruang tamu dan mereka terdengar bunyi benda jatuh dalam biliknya.

Selepas membuat pemeriksaan, mereka menemui sebiji batu delima di atas katil.

Manakala batu kedua pula jatuh jam 2.45 petang di ruang tamu, diikuti batu ketiga pada jam 3 petang.

Kira-kira 20 minit kemudian, sebiji lagi batu delima jatuh di hadapan seorang jurukamera TV3 yang sedang minum bersama kru rancangan Misteri Nusantara di ruang tamu dan terpelanting pada kameranya.

Dua biji batu lagi jatuh kira-kira jam 6 petang di ruang tamu dengan salah satu daripadanya berwarna biru dipercayai nilam. Kira-kira sejam kemudian, sebiji batu berwarna hijau dipercayai zamrud pula jatuh di ruang tamu.

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, dia menyifatkan penemuan batu terbabit sesuatu yang luar biasa dan mungkin ada hikmahnya.

Katanya, semua batu berkenaan kini disimpan dalam bekas khas yang direndam dengan air Zam-Zam.


BUKTI...Norizan menunjukkan batu permata yang jatuh di rumahnya, semalam.


SEJAK kelmarin tujuh percubaan untuk mengghaibkan Siti Balqis dikesan dari rumah keluarganya. Itu adalah antara percubaan terbaru makhluk halus mengganggu gadis itu selepas berjaya dipulihkan pengamal perubatan Islam YIT.

Salah satu kejadian yang mendebar ahli keluaganya ialah apabila semalam Siti Balqis kelihatan seperti terbang menerusi tingkap bilik rumahnya, tetapi dia berjaya ditahan apabila salah seorang saudaranya sempat menarik kakinya.

Ibunya, Norizan Said, 47, juga berkata sebungkah batu besar seberat 3 kilogram turut ditemui di rumahnya semalam, selain beberapa batu seperti permata yang ada di antaranya mempunyai kalimah bertulis jawi dan gambar kaabah.

antara batu yang ditemui di rumah Siti Balqis semalam.
Walaupun Siti tidak berjaya dighaibkan, tetapi percubaan untuk mengghaibkannya itu menyebabkan dia kelihatan amat amat letih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan