Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 31 Oktober 2010

Cinta Yang Tak Bernoktah...


Seorang sahabat ada bertanya kepada saya "ustaz ...mana lebih afdal cinta dulu kahwin kemudian atau kahwin dulu cinta kemudian?" Susah jugak nak jawab. mungkin dua-dua ada kelebihan,terpulang kepada nawaitu masing-masing. Kalau tindakkan yang dibuat kerana Allah dan dilakukan menepati syariat rasanya keberkatan dan kebahagiaan akan dapat dikecapi sepanjang hayat, insyaallah.

Sebagai renungan saya paparkan satu kisah benar mungkin boleh dijadikan iktibar. Pak Din(Bukan nama sebenar) sudah berusia 58 tahun memiliki 4 orang anak yang sudah besar panjang. Isteri Pak Din jatuh sakit setelah melahirkan anak yang ke 4. mereka sudah 32 tahun melayari hidup bersama. Sudah 2 tahun isterinya terlantar kakinya lumpuh dan tak boleh digerakkan.

Masuk tahun ketiga isterinya sudah tidak mampu bercakap dan bergerak. Pak Din akan memandikan,membersihkan segala kekotoran dan menyuapkan makanan dan mengangkat isterinya ke tempat tidur.

Sebelum berangkat ke tempat kerja isterinya di angkat ke hadapan Tv agar isterinya tidak kesunyian. Walaupun isterinya tidak dapat bercakap tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum.

Takdirnya tempat kerja tak jauh dari rumah,mudah bagi Pak Din untuk menjenguk isterinya dan menyuapkan makanan. Petangnya pulak dia pulang memandikan isterinya menyalinkan pakaian dan selepas magrib menemani isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja pengalaman seharian.Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tanpa respon) pak Din sudah cukup senang dan hatinya puas bahkan sesekali ia mengusik isterinya yang dicintai.

Rutin ini dilakukan selama 25 tahun. Begitu sabar ia menjaga isterinya di samping membesarkan zuriatnya. Anak-anaknya sudah dewasa tinggal hanya anak bongsu masih menuntut di IPT tempatan.

Suatu hari anak-anak Pak Din berkumpul bersama sambil menziarahi ibu. Anak-anak yang sudah berkeluarga sudah ada rumah sendiri dan kerjaya masing-masing. Mereka juga anak yang baik dan teringin juga nak memmelihara ibu yang sakit secara silih berganti.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak sulungnya berkata " Pak...kami ingin juga berbakti pada ibu yang sakit. Dari kami kecil kami lihat bapak jaga ibu tanpa ada keluhan dan bila kami nak jaga ibu bapak tak izinkan" Dengan linangan air mata si anak meneruskan kata-kata "Kami berempat izinkan kalau bapak nak berkahwin, biarlah kami jaga ibu..bapak sudah banyak berkorban biarlah ada orang yang boleh menjaga makan minum dan pakaian dan membahagiakan kehidupan bapak" kami yakin kalau ibu boleh bercakap tentu ibu juga mengizinkannya.' Ujar anak sulungnya merayu.

"Anak-anakku..jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu, mungkin bapa akan berkahwin lagi.
Tapi ketahuilah dengan adanya ibu mu disisi ku itu lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kamu semua' Ketika itu suara Pak Din Mula tersekat-sekat 'Kelahiran kamu di dunia amat dirindui dan ibu sanggup membenarkan rahimnya untuk mengandungkan kamu semua. Tanya ibumu adakah dia menginginkan keadaannya seperti ini? Kamu ingin bapak bahagia..apakah bathin bapak akan bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?"

Sejenak meledaklah tangisan anak-anak, mereka juga melihat butiran-butiran kecil jatuh dari pelupuk mata ibu. Dengan pilu ditatap wajah suami yang sangat dicintainya itu.

Apabila di tanya mengapa Pak Din begitu tega dan sabar menjaga isteri yang hilang keupayaan selama 25 tahun. dengan tegasnya Pak Din menjawab "Jika manusia di dunia mengagungkan sebuah cinta tapi...dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur"

Saya memilih isteri saya sebagai teman hidup saya...sewaktu dia sehat dia begitu sabar menjaga makan minum saya dan melayani saya dengan baik, mencintai saya dengan sepenuh hati dan dia telah memberikan kepada saya 4 cahayamata yang menyejukkan hati...sekarang dia sakit berkorban untk saya dan itu sebenarnya adalah ujian Allah ke atas saya kerana saya mencintai isteri saya kerana Allah.
Setiap malam saya bersujud kepada Allah. Saya menangis memohon agar perderitaan isteri saya diringankan."

Sesungguhnya inilah cinta sejati hakiki dan cinta yang tak bernoktah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan