Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 21 Oktober 2010

Selagi Nadiku Masih Berdenyut...


Dalam denyutan nadi ini...
Akan ku kibarkan panji suci
meskipun kibarannya amat lemah.

Dalam denyutan nadi ini
akan ku teruskan langkah
biarpun tidak segagah ....
dan suara tidak senyaring dulu

Selagi nadi masih berdenyut..
kan ku harungi jua..
biar kristal bertabur di jalanan
menusuk kaki kepedihan..
namun tetap kuharungi jua
kerna ....
perjalanan masih jauh.

Kiri kanan rimba dosa dan maksiat
merobek hati...
tangan menggapai mencari tempat berpaut
pada akidah yang satu.

Selagi nadi berdenyut...
entah bila kan terhenti
biarlah manusia semua berpaling.
teman melangkah pergi
Langkah juangku tetap berkelana
bersama panji syahadatain...

Cetusan hati
Saidin Hasnam
9.30 mlm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan