Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 13 Oktober 2010

Tu... Dia... Jadi Pengemis lagi Baguih.

Orang makan gaji,hujung bulan garu kepala tak gatai. Gaji 3 ribu masih tak cukup. keluar ke Tesco atau Giant sedar tak sedar 100 ringgit terbang. Itulah yang selalu disembang-sembangkan oleh sahabat-sahabatku.

Di Malaysia banyak yang pemurah. Hangpa tak baca berita ke. cuba tengok berita ini.

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Memang lumayan! Hanya berbekalkan tin kosong atau bekas minuman untuk tempoh dua hingga tiga jam, pendapatan seseorang pengemis di ibu kota boleh mencecah RM100.

Pada masa sama, ia juga bukti bahawa rakyat Malaysia memang pemurah. Mereka tidak pernah lokek menghulurkan duit kepada pengemis yang menggunakan pelbagai cara untuk menagih simpati.

Itulah penemuan daripada penyamaran empat wartawan Unit Khas Utusan Malaysia yang menjadi ‘pengemis’ di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Gambar seorang wartawan sedang menyamar sebagai pengemis


3 jam 100 ringgit. kalau 9 jam kerja setiap hari 900 x 30 hari = 27000 sebulan. Fulamak kaya nye

sebab itu ada penemuan seorang pengemis di jejantas Pudu Raya boleh beli rumah kondo dan pakai driver lagi.

Apa yang penting jangan fikir sangat soal ini. Apa yang kita dapat, kita bersyukur. Cari keberkatan rezeki, jauhi yang haram dan syubahat serfta rajin-rajinlah bersedekah nescaya kita tidak keluh kesah dengan rezeki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan