Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 30 Oktober 2010

Mengejar bayang...


Dunia semakin bertamadun. Manusia semakin bijak. berbagai kemudahan tercipta. Kesenangan dan kemewahan menjadi buruan. Manusia mula lupa daratan. Sifat tamak haloba menghantui manusia. Allah menyebut dalam Surah At-Takathur. Celaka lah bagi orang yang memperbanyakkan harta benda. Mereka tidak akan merasa puas sehingga mereka sampai ke kubur (mati) Kelak nanti mereka akan mengetahui. Mereka akan mengetahui dengan penuh rasa yakin. Justeru kelak mereka akan melihat sendiri api neraka Jahim.

Insaflah manusia perlu hidup di dunia dengan harta. Tetapi harta bukannya matlamat kehidupan. manusia juga perlu berkeluarga, tetapi keluarga bukannya penyelamat kehidupan di akhirat. Manusia perlu beramal kerana ia satu tuntutan Ilahi kerana amal sahaja menjadi teman di Akhirat kelak.

Rasulullah bersabda yang mafhumnya

Ada tiga perkara yang akan mengikuti manusia. Yang pertama ketika roh tercabut, Yang kedua Ketika ke kubur dan yang ke tiga ketika dipadang Mahsyar.

Yang pertama yang menghantar kita setelah roh tercabut adalah harta.

Yang kedua yang menghantarnya ke kubur adalah keluarganya.

Yang ketiga yang menghantar ke padang Mahsyar adalah amalnya.”




Tiada ulasan:

Catat Ulasan