Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 22 Oktober 2010

Anda Mungkin Tak Tahu.. Ni haa..nak bagi tau


Makkah akan menerima kunjungan jamaah haji dari seluruh pelusuk dunia.Pertukaran wang serta urusan perniagaan hotel serta barangan pastinya akan memberi satu pulangan yang besar kepada ekonomi Arab Saudi. Kekayaan Negara Arab ini bukan sahaja bergantung kepada hasil minyak tetapi kerana terdapatnya dua Bandar suci Makkah dan Madinah. Ini dimaklumkan sendiri oleh syeikh Arab ketika saya berada di Tanaim suatu ketika dahulu.

Tetapi apa yang menyedihkan apabila kita mendapat tahu kerajaan Arab Saudi membenarkan pelabur yahudi melabur di makkah. Makkah merupakan tempat pelaburan mereka yang terbesar. Saya masih ingat ketika menunaikan haji kami sentiasa di hidangkan air coca cola hingga ada seorang jamaah haji yang bersama dengan saya amat ketagih dengan air coca cola ini.

Bangsa Yahudi amat menyedari, umat Islam sanggup berkorban apa sahaja untuk menunaikan haji. Oleh yang demikian dengan kecerdikan yahudi yang berkerjasama dengan kerajaan saudi serta Amerika kini mereka telah berjaya melabur sebanyak mungkin di kedua tanah suci umat Islam,.

Mereka yakin pelaburan mereka di dua tanah suci pasti membawa seribu kali keuntungan. Pakej haji dalam masa lima tahun akan datang bagi seorang jemaah haji akan bernilai RM15 Ribu dan sekiranya semua hotel milik keluarga raja saudi dengan kerjasama yahudi siap, pakej haji bagi seorang yang akan mengerjakan akan bernilai RM 25 ribu dalam masa 10 tahun akan datang. Pakej yang paling mahal sekarang untuk menunaikan haji adalah Rm112 ribu seorang .

Semoga Allah SWT menyedarkan umat Islam bahawa HAJI dan UMRAH serta MEKAH tidak boleh menjadi bahan perniagaan. Ibadat tidak boleh diselit dengan niat keduniaan tetapi Ibadat hanyalah Ikhlas kerana Allah SWT.

Alangkah bodohnya pemimpin umat Islam. Mereka hanya memikirkan kepentingan diri mereka tanpa memikirkan kepintingan umat Islam seluruh dunia.

Ketika saya menziarahi sahabat yang akan mengerjakan haji tahun ini, saya ditunjukkan buku akaun tabung haji mereka yang telah di potong sebanyak 9 ribu lebih dan bantuan kerajaan 3 ribu. Bermakna tahun hadapan bantuan ini tidak ada lagi dan automatiknya kerja haji tahun hadapan kosnya RM 13 ribu

Fikirkanlah semasak-masak selagi mana Yahudi dapat menguasai dunia Islam selagi itulah umat Islam akan ditimpa kehinaan dan kesusahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan