Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 26 Oktober 2010

Durian Tahi Gajah...Durian paling mahal di Dunia

durian tahi gajah

Anda mungkin terkejut jika saya katakan sebiji durian berharga Rm 1,000.Sanggupkah anda membelinya. Rasanya tentu tidak. Tetapi tauke balak sanggup membelinya. Durian ini adalah durian yang ditelan oleh gajah kemudian dikeluarkan melalui najisnya.

Masyarakat Jakun di hutan-hutan Malaysia akan mengikuti gajah yang baru lepas menelan banyak durian.

Mereka mengambil risiko mengikuti binatang mamalia ini sekurang-kurangnya selama empat jam – tempoh yang diperlukan haiwan itu untuk mencerna durian – sebelum buah yang tak tercerna itu keluar bersama kotoran.

Penasihat Malaysia Nature Society cawangan Johor, Vincent Chow yang mendengar kewujudan durian unik ini dari temannya seorang tauke balak dan penduduk orang asli.

Tauke balak ini selalu menempah durian tahi gajah ini pada Orang Asli selama musim durian.

Kerana stoknya yang sedikit dan sukar didapati, taipan ini sanggup membayar RM1,000 demi memenuhi selera mereka.

“Orang Asli semestinya sanggup mengikuti jejak para gajah kerana mereka tahu akan dibayar mahal,” kata Chor, seperti dimuatkan di New Straits Times, Jumaat 22 Oktober 2010.

“Menurut warga tempatan, bau kotoran gajah seperti teh, tidak busuk seperti haiwan lain.”

Durian yang belum tercerna itu juga dikatakan tidak mengandungi kotoran dan bakteria.

Tauke balak itu mendakwa durian itu akan menjadi makanan pembangkit ghairah seksual – setelah melalui proses pencernaan gajah.

Meski tak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaanya itu, permintaan ‘Durian Tahi Gajah’ semakin tinggi dan harganya terus meningkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan