Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 9 Disember 2010

memamg patut....memang tak patut pun..

Nii anak orang utan apa kejadahnya dok gelentie benda tuu...memang tak patut.

Memang patut ...
Sekali sekala kita ajak kawan-kawan datang rumah. Jamu makan, masak spesial sikit bukan apa tanda syukur atas rezeki Allah. Rumah yang senantiasa dikunjungi oleh tetamu adalah rumah yang sentiasa dimasuki oleh Malaikat Rahmat.

Memang tak patut...
Jumpa kengkawan ajak makan di kedai 'Jom..pekena teh tarik,bihun sup ke..?baru seronok bersembang.."Kita ingat dia nak belanja. Time nak bayar dia buat selamba je..Last-last kita jugak yang kena bayar. Speses manusia macam ni ada di mana-mana, memang tak patut taik hidung kering.

Memang patut...
Ibubapa hantar anak pergi duduk asrama biar berdisiplin sikit. Duduk dirumah asyik metekedaghah je. Makan tidok..makan tidok..main game komputer.Badan pun dah macam guni baja dah tak dak potongan. Duduk asrama terkawal lah sikit

Memang tak patut
Anak-anak hantar ibu pergi duduk rumah kebajikan dengan alasan tak larat nak bagi makan. Mak kuat metekedagah (baca harian metro tak ingat tarikh). Bila disiasat rupanya anak-anak yang sapu duit mak (dari pencen aruah suami) yang di gunakan utk merawat sakit kencing manis ibu.

Memang patut...
Isteri yang solehah, yang beriman akan mencintai suami hingga akhir hayat kerana mereka sebenarnya tidak boleh berpoligami.

Memang tak patut..
Dah dapat isteri yang solehah,baik hati,penyabar masih lagi miang keladi dengan perempuan lain dengan alasan nak ikut sunnah nabi berpoligami. Tak dak masaalah nak cari masaalah, bab nak kawin nak ikut sunnah bab lain tak nak ikut pulak?

Memang patut
Ayah pesan dekat anak "esok kalau dah kerja...jangan pula lupa ayah mak..kirimlah barang seratus dua sebulan" Jasa ibu ayah membesarkan kita memang tak terbalas dengan wang ringgit.

Memang tak patut
Dah ada kerja dan ada anak pinak masih lagi mintak duit dekat mak ayah di kampung. nak bayar ansuran kereta, hutang kad kredit. Mintak tolong bayarkan road tax kereta macam-macam lagi. Tak kesian langsung. Ini yang dikatakan hidup tak berkat asyik menyusahkan orang tua.

Memang patut
Anak murid takutkan guru. Guru bukan sahaja mengajar tetapi mendidik. Guru boleh memarahi dan memukul murid yang degil sebagaimana ibubapa juga. Sebab itu diletakkan 'anak' sebelum "murid' Saya jadi ustaz kerana ustaz saya dulu sangat garang. Tak dapat hafal tasrif nahu arab alamat bengkaklah tangan kena pukul. Laa ni aku pulak jadi ustaz, pukul tak pukul dah tapi ustaz karan.

Memang tak patut...
Guru pulak takut kat murid. Murid lelaki skodeng murid perempuan kat bilik air, pi gosok belakang lembut-lembut. 'Tak elok buat lagu tuu' Lembut je cakap..psikologi konon itu bukan psikologi itu penakut. Sekurang-kurangnya murid itu perlu dimarahi digertak atau dihukum. Kecik-kecik dah pandai skodeng bila besak besok anak dara orang digendeng. Akupun belajar psikologi jugak setahun jadi guru kaunseling last-last karanlogi jugak berkesan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan